Wednesday, November 9, 2011

Pandan Indah, Ampang


Salam sejahtera, hari Sabtu kembali lagi. Hari Sabtu juga la ramai custumer-custumer aku yang ada masa di rumah. So masa ni la masa yang paling sesuai untuk pasang kabinet dapur sebab tuan rumah ada di rumah. Kalau hari lain susah nak ada kat rumah yela dengan kesibukan kerja. Ok la untuk kali ni aku nak bawak korang semua ke Pandan Indah, Ampang untuk melihat hasil kerja terbaru yang aku buat. Di sini aku berkesempatan bertemu dengan En F yang mana berasal dari Sungai Petani, Kedah. Ha tu dia jumpa geng dah. Ni nak kena sembang utara la untuk entry kali ni. Hahaha

Setelah perbincangan dengan En F, so kata sepakat telah dicapai. So hari ni aku dengan team aku datang pasang kabinet dapuq qumah En F. Dapuq qumah En F sebelum ni dah ada dah kabinet dapuq. Owner lama yang buat. Setelah beberapa tahun pakai cabinet dapuq ni, so perlu diganti dengan yang baru.  Kabinet baru yang En F nak buat ni berbentuk L-shape. Ada tambahan pada bahagian kiri sebelum ni bahagian kiri tak dak.  Pemilihan warna untuk kabinet ni warna MT611 Granite Storm untuk table top dan warna untuk pintu pulak ada 3 warna. Untuk bahagian dapur ialah dari warna 408 Majectic Ebony, untuk bahagian sinki plak dari warna 101 White (FL)  dan akhir sekali untuk bahagian kiri ni warna 3D3 Vermont Ash. Untuk sinki dan piping juga aku tolong buat untuk En F. Mengenai harga kabinet dapuq macam ni harga dalam lingkungan Rm3.5k-Rm4k boleh dapat. Bergantung kepada saiz dapuq yang hampa semua nak buat. Tak boleh nk compare dengan kabinet rumah orang lain sebab rumah orang lain cita rasa dia lain-lain. Rumah hampa sendiri mesti nak cita rasa hampa sendiri kan??? Mesti ada tambahan sikit2 dari ukuran ataupun asessories. So tepuk la dada Tanya la iman. Hahaha.

Bagi hampa semua yang nak buat kabinet dapuq, wardrobe (almari pakaian) so jangan segan silu untuk menghubungi aku di talian 013-2395758. Bagi yang malu nak cakap boleh juga sms dan bagi yang tengah menghadap laptop atau pc  boleh emailkan pertanyaan korang tu kat aku. Ok jumpa lagi di entry yang akan datang. Salam sejahtera dan Assalamualaikum…. 









No comments:

Post a Comment

Post a Comment