Wednesday, November 9, 2011

Happy deepavali - Taman Permai Kajang


Salam sejahtera. Pejam celik, pejam celik kejap jer masa berlalu. Minggu depan dah raya Deepavali lepas tu dah raya korban. Buat yang menunaikan haji 2 aku ucapkan moga selamat pergi dan selamat balik, moga mendapat haji yang mabrur. Ok untuk entry kali ni aku nak bawak korang ke Taman Permai Kajang bertemu dengan En S. Kabinet yang nak buat ni sempena Deepavali yang bakal menjelma tak lama lagi. Jangan risau En S sebelum Deepavali aku boleh siapkan. 

Ruang dapur En S telah pun disediakan dengan table top konkrit so kerja aku hanya pasang pintu bawah dan kabinet atas jer.  Alangkah indahnya pemandangan sekiranya ada pintu kabinet ni kan. Tak de la manampakkan keadaan bahagian dalam kabinet ni. Hahaha so terpulang la kat korang macam mana nak susun bahagian dalam ni dan memudahkan kerja-kerja memasak seharian. Ye la nak guna periuk dah tahu kat mana disimpan periuk ni. Kan senang kan?? Mengenai kabinet dapur En S ni pemilihan warna untuk pintu ialah dari warna 397 Giallo Waves dan 3D1 Tiziano Pine. Mengenai harga pulak kalau kabinet L shape ni harga tak sampai Rm3k pun dah boleh dapat. Tak percaya boleh hubungi aku untuk maklumat lanjut. Hahaha.

Ok la geng sampai disini sahaja untuk kali ni. Nantikan episode yang akan datang dengan pelbagai jenis kabinet dan warna yang aku nak tunjukkan kat korang semua. Sehingga berjumpa lagi bye bye Assalammualaikum. 



No comments:

Post a Comment