Tuesday, November 22, 2011

Kota Warisan, Kayu Nyatoh


Salam sejahtera. Seperti yang dinyatakan dalam entry yang lepas aku nak tunjukkan kat korang kabinet yang diperbuat dari material lain sket. Selalunya material yang digunakan untuk pintu dari jenis melamine, tapi untuk kali ni aku nak tunjuk kat korang hasil dari kayu solid Nyatoh.

Sebelum tu aku nak terima kasih kepada En P yang telah memberi sepenuh kepercayaan kat aku untuk menyiapkan kabinet dapur yang diidamkan. Kediaman rumah En P ni telah siap dengan table top konkrit. So kerja aku nak tutup bahagian depan yang terbuka ni. En P memang dari dulu telah menggunakan kayu solid nyatoh ni. Rumah beliau yang lama pun menggunakan kayu nyatoh ni. Setelah menggunakan lebih kurang 5-6 tahun keadaan kayu ni masih dalam keadaan yang baik. Untuk kediaman di Kota Warisan ni beliau masih lagi nak gunakan kayu nyatoh ni. Cuma warna je lain. Dulu dia guna sylex sekarang nak guna spray cat putih pulak. So korang nanti tengok la gambar hasil kerja yang telah siap. Pemilihan warna putih cream membuatkan keadaan di dapur En P seolah2 berada di over sea gitu. Hahaha English style la katakan. Di samping membuat kabinet dapur, dia juga ada membuat wardrobe di bilik atas. Nanti korang tengok la gambar yang aku sediakan ni. 

Cuma satu disini yang aku nak tekankan, sekiranya korang memang dah ada kontraktor untuk buat table top konkrit, sila pastikan korang semak dulu plan yang nak dibuat dengan pihak kabinet dapur. Mengapa harus semak??? Ok ini untuk pastikan yang table top yang akan kontraktor nak buat 2 bersesuai dengan pintu kabinet yang bakal nak buat nanti. So maksud aku kat sini ialah bagi mendapatkan balance antara pintu kabinet yang akan nak buat nanti terutama pada bahagian dapur dan juga sinki. So takut pintu untuk bawah dapur tidak selari dengan dapur korang. Keadaan ini jarang dilihat oleh kontraktor yang membuat table top konkrit.  Hahaha janji kerja dorang siap ok la kan?? Tapi kami disini amat mementingkan kualiti dan kepuasan anda di luar sana. Hahaha (poyo gila ayat aku ni) tapi ni la hakikatnya memang kalau boleh aku nak setiap dari custumer aku berpuasa berpuas hati dengan hasil kerja yang aku lakukan.

Ok sampai sini jer la untuk entry aku kali ni. Sekiranya anda semua inginkan Gemu masih berada dalam Raja Lawak Mega pada minggu hadapan jangan lupa untuk mengundi GEMU dan hantarkan ke 99999. Ops salah plak hahaha. Ok la pada korang yang nak kan sebut harga, ingin khidmat nasihat, nak buat kabinet dapur dan almari pakaian boleh la menghubungi aku di talian 013-2395758 atau emailkan kepada kabinetdapur@ymail.com berjumpa lagi pada entry yang akan datang Assalammualaikum.
















7 comments:

  1. salam,

    nak tanya price utk kitchen cabinet & wardrobe seperti di atas. tq

    ReplyDelete
  2. salam,
    Brp price design KC solid nyatoh camtu utk 10' x 7'? Rumah saya pun concrete counter top tu dah ada.

    TQ.

    ReplyDelete
  3. Sama la nak tau juga kos dapur kayu nyatoh mcm tu. Rumah saya skrg tgh reno. Pekerja tgh buat table top concrete. So ingat nak buat sama mcm kat atas. Boleh email saya jngadirin@gmail.com

    ReplyDelete
  4. Salam...saya nak tnya anggaran price kitchen cabinet menggunakan kayu nyatoh spt di atas...and berapa byk perbezaan harga antara kayu nyatoh Dan melamine?email sy di uyun_jacq@yahoo.com.terima kasih...

    ReplyDelete
  5. salam.. boleh tau harga utk dapur ukuran 15x10 kaki... klu pakai 3g glass... berapa ye- fazee_alee@yahoo.com

    ReplyDelete
  6. Kalau deler2 kabinet ni letak gambar n pricekan bagus... Senang org nk buget harga...kan..kan....kan....

    ReplyDelete
  7. Salam...saya nak tnya anggaran price kitchen cabinet menggunakan kayu nyatoh spt di atas...and berapa byk perbezaan harga antara kayu nyatoh dan jenis lain spt 3G dan 4G?email sy di cheummu@yahoo.com

    ReplyDelete