Saturday, June 14, 2014

Cheras Jaya bersebelahan Bandar Tun Hussien Onn

Assalammualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua pembaca Fizly Kabinet Dapur. Paparan pada kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua satu lagi hasil kerja yang telah siap dibina. Bertempat di Cheras Jaya berdekatan dengan Taman Tun Husien Onn, saya berjumpa dengan Haji Az dan Hajah Za. Haji Az dan Hajah Za merupakan orang yang sangat positif dan sangat tenang. Saya sendiri berasa sangat mudah berurusan dengan Haji Az dan Hajah Za.

Haji Az ingin membina semula kawasan dapur rumahnya. Disebabkan jumlah barangan dapur kian bertambah dan perlukan kawasan untuk menyimpan barangan dapur ini. Kabinet dapur berfungsi agar barangan dapur dapat disimpan dengan sempurna dan tersusun supaya mudah untuk mencari di kemudian hari. Terdapat 2 bahagian kawasan yang ingin dipasang kabinet dapur. Selain dari kabinet dapur, Haji Az juga ingin membina tempat simpanan di bahagian bawah tangga. Tempat simpanan ini berfungsi sebagai stor atau tempat menyimpan barangan seperti bantal, selimut jika tetamu ingin bermalam di rumahnya.

Pemasangan kabinet rumah Haji Az memerlukan masa 2 hari kerana set yang ingin dipasang besar dan memerlukan masa untuk memasangnya. Alhamdulillah pemasangan kabinet ini siap dipasang.
Haji Az dan Hajah Za sangat berpuas hati dari sms yang dikirimkan kepada saya. Diharap agar dapat lagi saya membantu Haji Az dan Hajah Za membina kelengkapan rumah mereka sekeluarga.

Bagi anda yang perlukan bantuan saya untuk memiliki dapur yang diidamkan pada harga yang kompetetif dan mampu milik boleh menghubungi saya di talian 013-2395758 (sms @ whatapps) atau anda boleh juga emailkan pertanyaan, lakaran dapur, pelan rumah kepada kabinetdapur@ymail.com. Sehingga bertemu lagi pada paparan yang akan datang Dapur yang Cantik, Masakan pasti Terbaik. Assalamualaikum.