Thursday, October 3, 2013

Pulau pandan jauh ke tengah, kita ke pulau meranti..



Salam sejahtera. Kali ini aku nak share dengan korang hasil kerja yang telah aku buat pada minggu lepas. Projek kali ni berdekatan dengan Putrajaya dan Cyberjaya iaitu di Pulau Meranti. Pemilik kediaman Pn N yang sangat baik dan peramah membuatkan senang berurusan dengannya. Rumah Pn N sangat besar ye la 2 and half storey (bestnya rumah besar2 ni).

Pn N berhajat untuk membuat pintu untuk kabinet yang mana table top konkrit telah siap dibuat sebelum ni. Kalau table top dah ada tapi pintu kabinet tak de, mcm x siap je kan dapur kan. So kena la pasang pintu kabinet agar kelihatan kemas dan tersusun keadaan dapur. Nak memasak pun kena ada persekitaran yang selesa untuk memasak. Betul x para wanita2 di luar sana? Haha

Selain pintu kabinet, Pn N nak buat rak buka yang mana buku2 pun perlu diletakkan di tempat yang tersusun dan mudah untuk dicari. Rak buku ini dari bawah sampai ke syiling rumah. So banyak buku yang boleh disimpan. Rak buku biasanya berwarna putih dan ia akan kelihatan kemas. Para di rak buku boleh diubah ketinggian mengikut saiz buku.

Kerja pemasangan mengambil masa 4 jam je untuk siap semuanya. Berserta dengan entry ini aku ada sediakan gambar untuk tontonan wanita diluar sana. Klau sesiapa yang berhajat untuk membuat kabinet dapur, boleh hubungi Hafiz 013-2395758 atau boleh emailkan(kabinetdapur@ymail.com) ukuran atau drawing untuk mendapatkan sebut harga. Sekian saja untuk paparan kali ini sehingga bertemu lagi di entry yang akan datang. Wsalam.
 keadaan dapur asal

 sebelum pemasangan

 kawasan rak buku

 table top konkrit 

 selepas 4 jam tara..

 pada sudut kiri

 close up

rak buku, cermin akan digantung di tengah