Monday, September 2, 2013

2nd Time di Jutamines Kondo Seri Kembangan

Salam sejahtera saya ucapkan. Entry pada kali ini saya nak berkongsi dengan korang semua hasil kerja terbaru yang telah aku lakukan pada minggu lepas. Alhamdulilah semua kerja-kerja berjalan dengan lancar dan teratur dengan izin yang maha kuasa.

Projek ini bertempat di Jutamines Seri Kembangan. Pemilik selaku Tuan Rumah kedaun En H yang mesra dan sangat senang berurusan denganya. Harap dapat lagi bertemu dengan En H ni. En H mahukan kabinet dapur berbentuk L shape untuk ruang dapurnya. Bagi merealisasikan hasrat dan juga harapan En H, aku sedaya upaya memenuhi citarasa yang diinginkan untuk dapurnya.

Terdapat 2 bahagian yakni di kawasan sinki dan dapur memasak. Pada bahagian sinki, table top jenis konkrit berwarna hitam. Memang aku syorkan pada bahagian sinki ni dibuat dari konkrit agar pintu kabinet lebih tahan lama. Yela peranan air iaitu menyerap menyebabkan semua benda akan rosak. Batu pun boleh berlubang klau kena air hari2. Btul x?

Pada bahagian dapur plak penggunaan mieco worktop jenis granite storm (bkn batu granite ye, nama dia sahaja) dan pemilihan warna pintu jenis Canadian ELM 5278 menyerlahkan lagi kecerian pada kawasan dapur ni. Kabinet dapur ini dilengkapi dengan handle jenis bar 8” memperlihatkan kemodenan (betul ke ayat aku ni haha) kabinet dapur yang en H miliki.

Jenis dan warna sudah diterangkan. Bercakap mengenai harga plak (sebab ramai sangat yang Tanya aku pasal harga setiap satu kabinet) kabinet ini boleh dimiliki dengan hanya lebih kurang Rm7k sahaja. Tapi setiap rumah berbeza ukuran so harga pn juga berbeza. Harga yang dinyatakan hanya untuk rujukan sahaja. Kalau korang nakkan harga lebih tepat boleh email, sms, whatapps ukuran ke no tel aku 013-23957589 (hafiz). Tiada cas dikenakan. Korang boleh la layan gambar yang telah aku sediakan kt bawah 2.


 kerja mengosok pada bahagian bucu tiles

gosok jangan tak gosok

 tiles berkilat boleh sikat rambut

 table top konkrit yang telah siap

 sebelum pemasangan kabinet

 kerja kemas memastikan kepuasan pelanggan

 timbang air untuk memastikan kabinet lurus dan betul

pemasangan 1 hari boleh siap

 selepas pemasangan

 amacam cantik x?

 kemas dan teratur

 mieco top dan pintu jenis melamine

 bahagian sinki

 sebarang pertanyaan call no yg tertera




Sekian saja paparan untuk kali ini, sehingga berjumpa pada entry yang akan datang. Fizly Kabinet Dapur “Dapur yang cantik, masakan pasti terbaik”. Wassalam.