Tuesday, December 31, 2013

Bandar Putra Perdana

Assalammualaikum dan Salam sejahtera. Pada paparan kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua hasil kerja yang telah saya siapkan. Bertempat di Bandar Putra Perdana saya telah memasang 2 wardrobe dan 1 set meja tulis. Disini saya ada lampirkan gambar-gambar agar dapat memberi inspirasi anda diluar sana untuk memiliki wardrobe atau pun meja tulis. Sebarang pertanyaan boleh la menghubungi saya 013-2395758 hafiz (sms @ whatapps) email kabinetdapur@ymail.com dan boleh pergi ke facebook Fizly Kabinet Dapur. Assalamualaikum.











Monday, December 30, 2013

Merdeka Villa, Ampang

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada pertemuan pada kali ini, saya ingin berkongsi hasil kerja yang telah saya lakukan. Terima kasih kepada En N yang memberi kepercayaan kepada saya untuk membantu beliau dan isterinya memiliki dapur yang diidamkan. Kediaman En N bertempat di Merdeka Villa, Ampang.

Allhamdulillah bermula dari renovation sehingga kerja-kerja pemasangan kabinet semua berjalan lancar. Pada ruang dapur En N terdapat 1 tembok yang membahagikan ruangan dapur dan ruang untuk membasuh baju. Jadi En N bercadang untuk memecahkan tembok ini agar ruang dapur lebih besar dan isterinya dapat memasak dengan selesa. Pada bahagian dinding dapur ini juga terdapat tingkap yang menghubungkan dunia luar dipasang oleh pihak developer sebelum ini. Bagi membolehkan kabinet atas dipasang, tingkap ini perlu ditutup terlebih dahulu. Proses membina table top konkrit juga dilakukan. Jadi proses renovation ini mengambil masa selama 7-8 hari. Tiles 2 kaki x 2 kaki berwarna cream digunakan untuk table top ini supaya ruang yang terhad kelihatan luas.

Setelah selesai kerja-kerja renovation, team untuk memasang kabinet sampai untuk melakukan tugasan yang telah diberikan. Kerja2 pemasangan mengambil masa 5-6 jam. Pemilihan warna pintu kabinet berwarna putih menceriakan lagi pemandangan pada ruang dapur ini. Material yang digunakan dari jenis abs melamine.


En N sangat berpuas hati dengan kerja yang telah dilakukan. Diharap agar dapat lagi berurusan dengan En N pada masa yang akan datang. Bagi anda yang perlukan bantuan saya untuk memiliki dapur yang diidamkan pada harga yang kompetetif dan mampu milik boleh menghubungi saya di talian 013-2395758 (sms @ whatapps) atau anda boleh juga emailkan pertanyaan, lakaran dapur, pelan rumah kepada kabinetdapur@ymail.com. Sehingga bertemu lagi pada paparan yang akan datang Dapur yang Cantik, Masakan pasti Terbaik. Assalamualaikum.














Bandar Sri Pemaisuri, Cheras.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada paparan kali ini saya ingin berkongsi hasil kerja yang telah saya siapkan. Bertempat di Bandar Sri Pemaisuri 1 set dapur dan 1 set wardrobe telah disiapkan.
Material table top jenis konkrit dan pintu kabinet dari jenis abs melamine. Satu bar counter yang memisahkan Antara ruang dapur dan ruang tamu. Bar counter mempunyai 2 lapisan table top membuatkan ia kelihatan sangat menarik.

Wardrobe bersaiz lebih kurang 3 kaki untuk bilik tidur anaknya. Saiz sebegini sesuai untuk kanak-kanak kerana ruang yang agar terhad. Penggunaan material dari jenis abs melamine dengan harga mampu dimiliki.


Sehingga bertemu lagi dengan hasil-hasil kerja yang telah saya lakukan, sekiranya anda sebarang pertanyaan atau kemuskilan mengenai kabinet dapur, boleh menghubungi saya di talian 013-2395758 hafiz (sms @ whatapps) atau juga boleh emailkan pelan rumah, lakaran kabinet dapur yang ingin dibuat kepada kabinetdapur@ymail.com saya akan meneliti dan memberikan anggaran kasar harga. Dapur yang cantik, masakan pasti menarik. Assalamualaikum.






Monday, December 9, 2013

Taman Desa Serdang, Serdang.

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Pada paparan kali ini saya ingin berkongsi dengan anda hasil kerja yang telah saya siapkan pada beberapa minngu lalu. Projek pada kali ini terletak di Taman Desa Serdang. Tuan rumah En Z inginkan dapur lama kelihatan lebih menarik kerana dapur sedia ada perlukan perubahan dari segi material dan kemasan. Dapur sedia ada menggunakan material dari jenis abs melamine dan En Z ingin menggunakan kabinet jenis kayu Nyatoh yang telah terbukti ketahananya.

Proses untuk membuat kabinet jenis nyatoh ini mengambil masa 2 minggu. Kerja pemasangan mengambil masa 4-5jam sahaja. Setelah kabinet ini siap dipasang, keesokkan harinya, team untuk ‘touch up’ akan datang mambaiki mana-mana bahagian yang mungkin tercalar atau sebagainya.

En Z sangat berpuas hati dengan kabinet nyatoh yang baru diterimanya. Jika ada anda diluar sana yang perlukan bantuan saya untuk memiliki kabinet dapur yang dihajati, boleh menghubungi saya di talian 013-2395758 hafiz (sms @ whatapps) atau juga boleh emailkan kepada kabinetdapur@ymail.com


Sehingga paparan pada kali ini dapat membantu anda diluar sana sedikit idea atau maklumat untuk memiliki kabinet dapur yang cantik dan menarik. Dapur yang cantik, masakan pasti terbaik.

 keadaan dapur sebelum

 sebelum pemasangan


 kabinet lama telah dibuka

 kerja pemasangan akan dilakukan

 4-5 jam sebelum

 hasil setelah 4-5 jam

 kabinet jenis nyatoh

 macam cantik je.. haha

 macam menarik aje...

counter bar

Wednesday, December 4, 2013

Cengal Kondominium, Bandar Tasik Permaisuri, Cheras

Assalamualaikum. Pada kali ni aku nak bawak korang semua ke Kondominium yang sebelum ni aku dah ada buat almari pakaian. Apartment yang aku maksudkan ni Cengal Kondominium yang berada di Bandar Seri Pemaisuri. Pada kali ni custumer aku ni Cik N ingin membuat kabinet dapur.

Design yang telah diberikan simle jer straight. Kabinet ni menggunakan material melamine. Kerja-kerja pemasangan biasa la mengambil masa 4-5 jam je.


Jika ada sebarang pertanyaan boleh menghubungi saya 013-2395758 hafiz (sms @ whatapps) email kabinetdapur@yamil.com sehingga bertemu lagi ‘dapur yang cantik, masakan pasti tebaik. Assalamualaikum.

warna kontra table top dan pintu kabinet

 kawasan dapur yang agak terhad

 pandang dari kiri

lakaran kabinet dapur