Monday, October 1, 2012

Sekysen 4 Bandar Baru Bangi


Salam sejahtera. Kali ni aku nak share dengan korang semua 1 lagi projek yang telah siap. Pemilik selaku tuan rumah ni En Z yang sangat selesa berurusan dengan beliau. En Z masih lagi muda tetapi telah memiliki rumah di kawasan bangi. Sekarang ni harga rumah kawasan bangi amat tinggi. Alhamdulilah murah rezeki En Z. Berangan la jugak bila la ada rumah landed kawasan Kuala Lumpur @ Selangor. Mudah-mudahan dapat suatu hari nanti. Ok bukan pasal rumah untuk dibincangkan tetapi tak lengkap rumah kalau tiada kabinet dapur. Betol tak?

Baik lah untuk kawasan dapur En Z ni telah disiapkan table top konkrit. Bentuk L shape. So tugas aku ialah untuk menceriakan lagi kawasan dapur En Z ni. Pemilihan material dari jenis melamine. Bagi korang yang masih ragu-ragu atau tak pernah tengok material ni kunjungi la mana-mana show room. Insyallah ada jenis ni. Nak lagi senang korang panggil aku datang rumah korang so tak der la susah untuk korang keluar pergi ke show room. Kabinet dapur En Z ni dilengkapi dengan pull out basket, bottle rack, special runner (untuk laci) dan juga soft close inces (btol ke aku eja ni) hahaha ok kegunaan soft close ni adalah untuk korang yang nak dapur korang nampak grand. Sebab soft close ni korang tak kan dengar bunyi pintu bila ditutup. So pintu tu dengan secara perlahan akan tutup sendiri tanpa menghasilkan bunyi. Menarik kan? Hahaha tapi barang-barang yang menarik ni kena ada addition cost.

Di satu sudut dapur ni ada island untuk memudahkan kerja-kerja pemotongan. Sekarang ni dah banyak orang buat island (bagi rumah yang mempunyai dapur yang besar).

Penyedut asap menggunakan jenis chorome hood yang mana ada host untuk mengalirkan asap dari kuali yang korang masak. Kebiasaannya tuan tanah kedaun tuan rumah akan beli penyedut asap ni sebab kat luar sana ada pelbagai jenis dan bentuk. Tapi korang jangan risau aku sedia memasangkan penyedup asap ni untuk korang.

Selain kawasan dapur, En Z ada juga membuat wardrobe dekat master bedroom. Korang tengok je gambar kat bawah nanti. Bawah tangga selalu pemilik rumah jadikan sebagai stor tapi perlu ada dinding. Dinding ni korang juga boleh gunakan melamine untuk menutup bahagian bawah tangga ni seperti yang En Z lakukan.

Ok bagi korang yang nak buat kabinet dapur boleh emailkan ukuran untuk buat kabinet dapur (bagi kes yang jauh dari kajang, klau area kajang aku boleh terus datang ukur) untuk anggaran harga kasar atau boleh hubungi aku di talian 013-2395758 (hafiz). Anggaran harga ni tak lari jauh dari harga asal. Ok jumpa lagi pada entry akan datang. Assalamualaikum.

 Sebelum pemasangan pintu

 Ruang dapur yang agak besar

 Bahagian sinki

Bahagian dapur

 Selepas kerja pemasangan

 Pemilihan 2 tone warna

 Island di tengah

Full height wall unit

Kawasan bawah tangga yang ditutup

Stor bawah tangga

Wardrobe di master bedroom

Bahagian dalaman wardrobe

Untuk Si Jejaka



013-2395758 Hafiz

Mahkota Cheras dan Taman Tun Perak


Salam sejahtera,  hari ni aku nak bawak korang semua ke Seksyen 3 Bandar Mahkota Cheras dan Taman Tun Perak untuk projek aku yang seterusnya. Aku mulakan dengan Bandar Mahkota Cheras yang mana tuan rumah yang bernama Pn S. Pn S nak buat wall unit jer sebagai tambahan kabinet yang telah sedia ada. So simple jer untuk kabinet yang Pn S ni nak buat. Kerja pemasangan ambil masa 2 jam jer. Dari segi harga pulak tak sampai pun Rm1.5k untuk kabinet ni.

Siap jer rumah Pn S terus berangkat ke Taman Tun Perak yang mana entry sebelum ni (4 hero) telah buat wardrobe iaitu En Z. En Z telah berpuas hati dengan hasil kerja yang telah dilakukan. Tambahan yang ingin dilakukan ialah pada bahagian dapur. Kabinet dapur ni lebih kurang macam pembahagi ruang antara dapur dan ruang tamu. Pada kedua bahagian kabinet ni mempunyai pintu. Kalau dibahagian dapur telah ada pintu maka pada bahagian ruang tamu aku tutup dengan papan warna yang sama. Ruang kosong yang korang tengok tu, ruang untuk letak peti sejuk. Lepas letak peti sejuk, bahagian belakang akan ditutup dengan kayu warna yang sama. Pemilihan warna untuk kabinet ni ialah dari warna 376 Jamila Stripe. Harga bagi kabinet macam ni kurang dari Rm2.5k.  

Ok la korang layan dulu gambar yang aku sediakan kat bawah ni. Sekiranya ada yang berminat dan ingin mengetahui  lebih lanjut, boleh la menghubungi aku di talian 013-2395758 (hafiz). Ok jumpa di entry akan datang.. Ok bye..bye.. Assalamualaikum.

 Mahkota Cheras

 Pilihan hati Pn S

Kediaman rumah En Z

 Pembahagi antara dapur dan ruang tamu

 Menghadap ke arah ruang tamu

 Menghadap arah dapur