Tuesday, February 22, 2011

Aksesori



Pernah korang tengok kabinet dapur yang hanya ada pintu dan laci sahaja? Mesti pelik kan kalau sesebuah kabinet dapur tu tak de aksesori. Aksesori merupakan pelengkap bagi sesuatu dapur. Ia memudahkan kerja dan penyimpanan barang-barang di dapur. Bagi rak pengering pinggan mangkuk, ia diletak berdekatan sinki dan tidak menggangu bahagian atas meja kabinet dapur. Jadi korang dapat menjimatkan ruang dan dapur anda kelihatan lebih kemas dan selesa. Korang pun dapat jimat tak payah lagi membeli set pengering pinggan dari luar.


Fungi utama aksesori ni memudahkan anda melakukan kerja-kerja penyimpanan, penyusunan dan seterusnya memudahkan pula kerja-kerja mencari dan mengeluarkannya. Setelah dapur anda dilengkapi aksesori, memudahkan ada untuk mencari barang yang disimpan seperti sudu, garfu, sos, kicap, pinggan mangkuk dan lain-lain.

Korang tak perlu risau mengenai pemilihan aksesori untuk dapur korang. Ramai kontraktor di luar sana dan aku sendiri boleh mencadangkan aksesori yang bersesuaian dengan dapur korang. Di sini aku sertakan gambar aksesori yang selalu digunakan.

 tall unit
 sos, kicap, garam
 basket rack
 dish rack
 peralatan dapur
 pinggan tersusun rapi
 dish rack
 barang-barang mudah dicari dan disimpan
 spoon tray

Pintu Kabinet



Setiap kali korang merancang dapur baru anda, 1 dari keputusan penting yang korang perlu buat adalah tentang pemilihan pintu untuk dapur baru korang. Kerana pintu kabinet adalah 1 kawasan permukaan terbesar yang korang akan lihat di dapur. Pintu-pintu kabinet adalah komponen yang memberi karakter kepada dapur korang. Ia dapat menunjukkan dapur korang kelihatan English style, moden, tradisional dan macam-macam lagi. Konsep dapur dan gaya dapur yang korang nak bergantung kepada kemasan, corak pada pintu (warna) dan aksesori pintu kabinet.

Ada banyak bahan yang boleh digunakan dalam pembinaan pintu-pintu kabinet. Antara yang popular adalah kayu solid, kaca, arcylic, aluminium, keluli tahan karat, chipboard, MDF board, dan beberapa lagi. Untuk hasil yang menarik, gabungan 2 material yang berlainan akan menimbulkan lagi kabinet dapur korang.

Daya ketahan kayu solid memang tak perlu dirisaukan. Dari mula diperkenalkan permintaan terhadap kayu solid masih tinggi. Harganya pun tinggi jugak la. Hahaha kayu ni akan diwarnakan mengikut permintaan custumer. Kalau nak dapur korang macam English stye kena la cat warna putih. Bagi korang yang nak mengekalkan keaslian warna kuyu ni, pemilihan warna coklat macam gambar kat bawah digunakan. Kayu jenis semangkuk lebih mahal harganya jika dibandingkan dengan nyatoh. Ini kerana sukar untuk mendapatkan kayu jenis semangkuk ni. Untuk kayu solid, jenis-jenis kayu yang sering digunakan ialah:

Nyatoh

Jenis : Kayu keras ringan.
Nama Botani : Spesis utama Sapotaceae dikenali sebagai Palaquium spp. (spesis ringan)
Keterangan Am :
-         kayu gubalnya agak jelas. Warna teras kayu merah jambu pekat atau coklat kemerahan.
-         ira kayu lurus manun jarak antara ira kian rapat hingga bercantum di tengah batang. Turut ditemui ira berombak.
-         bertekstur rata dan sedikit kasar.
-         keratan rentasnya sangat halus hingga dapat dilihat dengan mata kasar.
Ketahanan : Tahan lama
Kegunaan : Paling elok dibuat perabot. Ia juga sering dijadikan kemasan perhiasan bermutu tinggi dan kabinet, panel, pengadang, kumai, lantai parket, geladak/ dek bot dan venier.


 English style


 keaslian warna kayu


gelap itu menawan?


Semangkuk

Jenis : Kayu keras ringan.
Nama Botani : Scaphium spp daripada spesis keluarga sterculiaceae.
Keterangan Am :
-         kayu gubal dalam pelbagai warna cerah, boleh jadi coklat kekuningan, kuning pucat atau coklat merah.
-         ira kayu corak lurus dan berpanca rapat. Tekstur kasar dan tidak rata terbentuk daripada lapisan lebar parankima.
Ketahanan : Agak tahan lama.
Kegunaan : Banyak diguna dalam pembuatan papan lapis perabot dan panel.

 English style


PENJAGAAN 

Sinaran matahari

Kesan cahaya matahari boleh menjejaskan kayu dan kemasannya. Sinaran ultra boleh menusnahkan keindahan kayu dalam masa beberapa minggu hingga ke bulan. Sinaran ini juga dapat menembusi lemasan panyudah struktur molekul kayu itu sendiri. Dalam hal ini, warnanya akan berubah dengan pantas. Kemasan meratak atau garisan iranya berpisah seperti corak kulit buaya. Jadi, jauhkan perabot ini dari sinaran mataharidan cara terbaik melindunginya ialah dengan memasang bidai atau melengkapi tingkap dengan perlindungan sinaran ultra ungu.

Suhu dan kelembapan

Kedua-dua faktor ini memberi kesan buruk kepada perabot. Sama ada berkemasan atau tidak, kayu akan menyerap apa saja yang ada di persekitarannya. Keadaan kering pula akan menyebabkan kayu ini mengecut kerana kekurangan lembapan. Sebaliknya, jika terlebih lembapan, kayu itu akan membengkak, retak dan merekah akibat tekanan. Justeru, anda dinasihatkan tidak sesekali menempatkan barangan plastik atau getah di atas meja kerana ia boleh menyebabkan plasticizer migration (pertembungan dua permukaan yang boleh menyebabkan kerosakan salah satu permukaan) yang merubah struktur kayu.
Saluran kitaran udara tidak sepatutnya dihadang sebarang perabot. Ini kerana haba dan hawa dingin akan mewujudkan satu suhu yang kurang sesuai bagi perabot. Letakkan perabot di tempat yang mudah dilihat tetapi selamat daripada sinaran matahari serta suhu melampau. Pada musin hujan, berhati-hati membuka tingkap supaya air hujan tidak terkena perabot.

Produk kecantikan

Berhati-hatiketika menggunakan bahan pelarut seperti alkohol, penanggal pengilat kuku, minyak wangi/ kolon dan sebarangkimia beracun ketika berdekatan perabot. Ini kerana cecair yang tumpah boleh membuatkan permukaan perabot mengelupas dan melunturkan cat serta kemasannya.

Bahan pencuci

Anda disarankan menggunakan minyak lemon. Sebelum itu, buang habuk pada perabot kemudian cuci sebelum menggilapnya.



Melamine 

Material ni sekarang memang banyak orang guna. Mutu dan kualiti pun dah di pertingkatkan melalui penyelidikan. So bagi masaalah anai-anai, kembang akibat terkena air dah pun diperbaiki. Tetapi jangan plak korang bagi basah 24jam melamine ni. Kayu nyatoh pun boleh rosak klau macam tu. Korang cuma beri sedikit perhatian pada bahagian sinki korang apabila mengunakan material ni. Lapisan permukaan yang menutup bahan ni pun ada macam-macam corak dah sekarang ni. Korang nak kelihatan macam kayu ke, macam English style ke, bahan ni boleh menunjkukkan konsep yang korang nak. Tapi permukaan melamine ni tak der la berkilat ye. Kalau nak berkilat kena la pakai 3G. Nanti aku terangkan pasal 3G ni plak.

warna putih dapur kelihatan luas
 modern

Mengenai harga plak semua orang mampu milih untuk memiliki material ni. Melamine ni boleh dikatakan material yang kos yang rendah tapi memberikan hasil yang berkualiti dan puas hati.

3G (3rd Genaration)

Ok untuk 3G ni plak maksud 3G ialah generasi ke-3 dalam kabinet dapur. Untuk generasi pertama dalam kabinet dapur masa mula-mula kabinet dapur ni diperkenal, dorang guna kayu solid. Sampai sekarang pun permintaan terhadap kayu solid ni masih lagi tinggi kerana hasil yang cantik dan daya ketahanan yang tinggi.


 
permukaan yang menarik dan berkilat

 green apple


Untuk genarasi ke-2, yang aku sebutkan tadi la melamine. So karang boleh la tengok balik melamine kat atas tu. So sekarang ni keluar generasi yang ke-3 iaitu 3G. Material yang selalu digunakan ialah acrylic. So bahan acrylic ni ialah campuran diantara kaca dan plastic. So korang tengok permukaan pintu yang guna acrylic ni memang cantik dan berkilat. Hasil kemasan pun memang puas hati. Bagi korang yang nak dapur moden dan menawan hati boleh la gunakan material ni. Orang cakap kalau dapur mahal-mahal dan cantik-cantik ni masak apa pun semua jadi sedap. Hahaha. Ye la kalau dapur dah cantik-cantik so si pemasak boleh la memasak dengan suka hati dan gembira. Biasanya untuk material acrylic ni ramai custumer memilih warna-warna yang terang so menonjolkan lagi kabinet dapur.  Korang boleh tengok gambar-gambar yang aku lampirkan.

Saturday, February 12, 2011

Table top


Salam sejahtera. Hari ni aku nak terangkan kat korang pasal table top atau permukaan atas untuk kabinet dapur. So benda ni agak penting kerana ia menunjukkan betapa mahal & cantiknya dapur korang. Nak dapur cantik ,duit pun kena cantik gak. Haha terdapat beberapa jenis table top yang ada di pasaran. Antaranya ialah:

i. konkrit + tiles
ii. granite & marble
iii. solid surface
iv. mieco worktop

Konkrit

Konkrit korang sedia maklum kat Malaysia dah lama dah guna material ni. Konkrit sifatnya yang tahan lasak dan kuat untuk menampung beban. Kombinasi antara konkrit dan tiles amat cantik, lebih2 lagi guna tiles 2x2. Memang cun la. Ramai yang custumer nak guna material ni cuma yang leceh sket konkrit ni ambil masa 2-3 hari untuk biarkan konkrit ni kering. Kalau pakai mieco worktop sehari jer boleh siap keja pemasangan tapi konkrit ni paling lama amik masa 4 hari (untuk konkrit ni btol2 kering) 1 hari untuk pemasangan pintu kabinet dapur. Harga untuk konkrit ni x der la mahal sangat klau nak ikutkan. Ye la bahan ni tahan lasak, kukuh memang x perlu nak risau la pasal konkrit ni.



Granite & Marble

Ok untuk material granite ni plak harga mengikut warna. Untuk makluman korang semua, lagi gelap warna marble 2, lagi mahal la harga dia terutama warna hitam. Korang boleh tengok kat pasaran pn ada 2 jenis granite ni. Satu yang tebal dan nipis. Klau yang nipis ni aku x jual sebab kualiti dan ketahan yang kurang jika nak dibandingkan dengan yang tebal ni. Ramai customer yang berminat dengan warna hitam contoh seperti black galaxy. Mungkin ni salah satu sebab kenapa harga hitam lagi mahal sebab permintaan tinggi.Tapi granite ni memang x der problem. Semua customer yang guna puas hati la. Granite ni memang susah nak calar lain la korang gergaji atas permukaan granite ni plak. Hahaha banyak pilihan warna yang ada untuk granite ni.



Untuk marble aku x syorkan sangat untuk korang pakai material ni. Sebab apa aku cakap macam ni sebab marble ni air boleh meresap masuk dalam bahan ni. So bila air masuk dalam ni dia akan tinggalkan kotoran yang susah untuk dicuci. So untuk mengelakkan korang datang complain dekat aku, baik aku bagi taw awal2 benda ni kat korang. So x der la nanti aku kena potpet dengan korang.




Solid surface

Solid surface diperbuat dari campuran resin dan batu. Kandungan batu di dalamnya menjadikan ia kukuh dan resin pula menjadikannya kedap cecair. Ada banyak pilihan warna dan ada juga solid surface yang mengandungi kuartza atau kaca yang kelihatan lebih berkilau. Kalau berkilau ni harga pn berkilau gak la.
Solid surface ni ringan jer tapi kena ada ruang yang cukup nak bawak solid surface ni sebab ia dibuat siap2 dikilang dengan saiz sebenar yang akan dipasang nanti. Untuk lubang seperti sinki dan dapur, ia perlu ditebuk siap2 di kilang. So ukuran dan kedudukan kena la betul. Takut bila dah tebuk tiba2 cakap x mau plak dapur kat tempat ni. So akan timbul problem la nanti.

Solid surface ni klau korang nak taw memang tak der main sambung-sambung. So memang x der la lubang2 kecil kat permukaannya. Jadi bakteria pun x dapat nak membiak atau sembunyi kat atas permukaan ni. Kerja2 mencuci permukaan ni pn senang hanya berbekalkan air + sabun dan sedikit tenaga, sekali tonyoh basuh jer dah bersih.  Permukaan solid surface ni boleh juga tercalar so untuk mengatasi masaalah calar ni, korang amik kertas pasir yg halus, korang gosok kat tempat yang calar td. Ni la problem untuk material ni selain harga yang agak mahal.




Mieco worktop

Untuk material ni plak bahan yang digunakan sama seperti bahan yang digunakan untuk pembuatan pintu melamine. Tapi ketebalan untuk worktop ni 2 kali ganda dari melamine. Bahan ni sangat kukuh so korang x yah risau la pasal ketahanan worktop ni. Worktop ni jugak kalis air dan anai-anai. Banyak juga pilihan warna seperti kayu, batu dan cuarry. Permukaan worktop ni pun susah nak calar kalau jaga elok-elok.



Dengan harga yang semua orang mampu so banyak gak costumer aku yang pilih material ni.




Harap dengan apa yang dikongsi hari ni dapat la korang membuat pilih untuk dapur korang nanti. Sebarang pertanyaan boleh la korang coment kat ruang coment kat bawah ni. Segala coment dan persoalan aku dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Tuesday, February 1, 2011

Ayat kursi & ayat 1000 dinar



 Salam sejahtera. Entry hari ni lain sket hari ni aku berkesempatan untuk bersama bos aku untuk handle 1 costumer dari semenyeh ni. Banyak yang dapat aku belajar hari ni. Mengenai cabinet la, mengenali jenis2 material la dan paling penting aku bertuah dapat berkongsi pengalaman bos aku en H, dari mula dia start untuk membuat tapak dalam perniagaan ni.

 Banyak betul ranjau duri yg beliau tempuh sebelum berjaya dalam perniagaan ni. Penah kena tampar la, tido bawah khemah la, barang2 kena curi la dan mcm2 lagi. Mmg banyak betul pengalaman yang dia kongsi kan hari ni. Pahit maung untuk berjaya ni mmg susah. Banyak cabaran untuk terus berjaya, tapi yang paling penting pesanan en H ni, bab agama. Dia pesan,’ hafiz dalam kehidupan ni kena slalu  beribadat dan berdoa, solat dhuha kalau boleh buat la kerana solat dhuna ni bleh buka pintu rezeki kita. Selalu amalkan baca ayat kursi dan ayat seribu dinar selepas solat.  Insyallah allah permudahkan segala urusan kita dan dibukakan lg pintu rezeki kita.  Jangan kedekut untuk bersedekah kerana semua harta kita buka milik kita. Zakat tiap tahun jangan lupa bayar kerana dengan zakat dapat menyucikan harta yang kita ada.




Ok la kawan2 harap dengan entry ini dapat la kita berkongsi ilmu yang ada.