Sunday, May 15, 2011

All white Taman Gombak


Salam 1 Malaysia. Ok entry kali ni aku nk bawak korang semua g taman Gombak (belakang taman Greenwood). Terima kasih kepada pemilik rumuh ni En Iz kerana memberi  kepercayaan kepada aku untuk buat kabinet dapur rumah dia. Rumah En Iz ni aku tengok baru jer lepas renovation. So bertemakan konsep all white memang cantik dan kelihatan luas rumah En Iz.

Untuk cabinet dapur juga En Iz dan isterinya ingin kan kabinet yang berwarna putih. Aku sedaya upaya merealisasikan impian En Iz dan isterinya. En iz sudah mempunyai table top konkrit untuk bahagian memasak dan ingin menambah lagi satu bahagian kabinet berhadapan table top yang sedia ada. Pada bahagian yang baru En Iz mahu menggunakan material mieco worktop untuk table top. Pada bahagian penyedut asap terdapat saluran yang perlu ditutup untuk kelihatan lebih kemas. En Iz meminta aku box-up pada bahagian yang dinyatakan tadi.

Kerja-kerja memasang bermula pada pukul 11 pagi dan berakhir pada pukul 5.30 ptg. Pemilihan warna 101 white memberikan warna putih yang terang pada dapur En Iz dan MT614 marbe de france untuk table top. Selepas siap kerja-kerja pemasangan En Iz dan isteri berpuas hati dengan hasil kerja yang dilakukan.  Ok korang layan dulu gambar all white milik En Iz.

 sebelum pemasangan
 perlu pengubahsuaian
 bahagian lagi satu untuk kabinet dapur
 gambaran keseluruhan
 selepas pemasangan

 tersimpan dan tersusun rapi
 luas dan bersih
 bahagian sinki dan dapur
 penyedut asap
 moden + english
 all white
 putih itu bersih

Taman Ixora, Salak Tinggi


Salam 1 malaysia, ok untuk entry kali ni aku nak bawak korang ke Salak Tinggi untuk aku kongsikan kabinet dapur yang baru aku buat. Terima kasih kepada pemilik rumah ni En Az dan isteri yang telah memberi kepercayaan kat aku untuk merealisasikan dapur impian yang diinginkan.

Untuk kabinet en Az telah memilih warna 220 Beige digabungkan dengan warna 437 Millennium Silver. Pada bahagian atas meja pulak en Az telah menggunakan warna MT603 Nebbia. Kombinasi antara 3 warna ini menaikkan lagi kecerian pada bahagian dapur en Az.

Setelah kabinet ini siap dipasang, en Az dan isteri berpuas hati dengan hasil yang telah dilakukan. Kalau ada sumur di ladang, boleh saya menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang, boleh kita berjumpa lagi. Ok korang layan dulu gambar-gambar kat bawah ni. Bye..bye…

 sebelum kerja dijalankan
 bakal diwarnakan dengan kabinet
 bahagian sinki
 selepas kerja-kerja dilakukan
 kemas dan tersusun
 pemilihan warna yang terang, dapur kelihatan luas
 wall unit

 putih itu bersih...
 pandangan dari pintu belakang
 dish rack bersebelahan sinki

2 kerja dalam 1 hari...


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bertemu lagi kita dalam blog buruk aku ni. Untuk entry kali ni aku nak korang tengok hasil kerja yang telah aku buat pada minggu lepas. Terima kasih kepada Pn L yang tinggal di Taman Sepakat Indah. Alhamdulilah banyak juga projek aku terima dekat taman sepakat indah ni.

Pn L inginkan dapur berbentuk L shape yang memuatkan sinki dan juga dapur untuk memasak. Pemilihan warna hitam 408 Majestic Ebony menjadi tema untuk dapur Pn L dan warna 437 Millennium Silver sebagai titik tumpu pada dapur Pn L. Handle yang digunakan juga dari jenis build in handle.

Ok hari ni aku ada buat 2 pemasangan. Nasib baik la jarak antara satu tempat tak de la jauh sangat. Untuk 2nd projek aku hari ni dekat Saujana Impian, Kajang. Dekat saujana Impian ni pemilik bagi rumah ini ialah En Hann. Untuk kediaman En Hann ni pemilihan warna MM3B4 Larcina Pine dari produk MIECO DECORATIVE MFC. Sepanjang aku guna produk dari MIECO ni tak der complaint yang aku terima. Table top konkrit telah dibuat oleh tuan rumah. keja aku pasang pintu kabinet jer la.

Ok korang layan la dulu gambar yang aku telah sediakan kat bawah ni. Kalau korang atau saudara-mara, jiran-jiran, rakan pejabat yang memerlukan khidmat untuk membuat kabinet dapur hubungi aku 013-2395758.  Insyallah aku akan berikan service yang terbaik untuk korang. Pertolongan dan keperihatin korang amat aku hargai. Ok kita jumpa lagi pada entry yang akan datang. Bye.. bye.. wasalam. 

 Dapur Pn L
 Pandangan dari kiri dapur
 Dapur En Hann
 warna kabinet kontra dengan table top