Assalammualaikum dan
Salam sejahtera. Pada paparan kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua
hasil kerja yang telah saya siapkan. Bertempat di Bandar Putra Perdana saya
telah memasang 2 wardrobe dan 1 set meja tulis. Disini saya ada lampirkan gambar-gambar
agar dapat memberi inspirasi anda diluar sana untuk memiliki wardrobe atau pun
meja tulis. Sebarang pertanyaan boleh la menghubungi saya 013-2395758 hafiz
(sms @ whatapps) email kabinetdapur@ymail.com dan boleh pergi ke facebook Fizly Kabinet Dapur. Assalamualaikum.
Kepakaran kami dalam membuat Kabinet Dapur, Wardrobe( almari pakaian), rak buku, rak kasut dan juga Table top konkrit . Sedia menerima tempahan dari seluruh Lembah Klang. Hubungi saya sekarang 013-2395758 (Hafiz) untuk temu janji, memberi sebut harga, memberi design yang anda kehendaki atau emailkan kepada kabinetdapur@ymail.com untuk sebarang pertanyaan atau kemusykilan. Terima kasih.
Tuesday, December 31, 2013
Monday, December 30, 2013
Merdeka Villa, Ampang
Assalamualaikum dan
salam sejahtera. Pada pertemuan pada kali ini, saya ingin berkongsi hasil kerja
yang telah saya lakukan. Terima kasih kepada En N yang memberi kepercayaan
kepada saya untuk membantu beliau dan isterinya memiliki dapur yang diidamkan. Kediaman
En N bertempat di Merdeka Villa, Ampang.
Allhamdulillah bermula
dari renovation sehingga kerja-kerja pemasangan kabinet semua berjalan lancar.
Pada ruang dapur En N terdapat 1 tembok yang membahagikan ruangan dapur dan
ruang untuk membasuh baju. Jadi En N bercadang untuk memecahkan tembok ini agar
ruang dapur lebih besar dan isterinya dapat memasak dengan selesa. Pada
bahagian dinding dapur ini juga terdapat tingkap yang menghubungkan dunia
luar dipasang oleh pihak developer sebelum ini. Bagi membolehkan kabinet
atas dipasang, tingkap ini perlu ditutup terlebih dahulu. Proses membina table
top konkrit juga dilakukan. Jadi proses renovation ini mengambil masa selama
7-8 hari. Tiles 2 kaki x 2 kaki berwarna cream digunakan untuk table top ini
supaya ruang yang terhad kelihatan luas.
Setelah selesai
kerja-kerja renovation, team untuk memasang kabinet sampai untuk melakukan
tugasan yang telah diberikan. Kerja2 pemasangan mengambil masa 5-6 jam.
Pemilihan warna pintu kabinet berwarna putih menceriakan lagi pemandangan pada
ruang dapur ini. Material yang digunakan dari jenis abs melamine.
En N sangat berpuas
hati dengan kerja yang telah dilakukan. Diharap agar dapat lagi berurusan
dengan En N pada masa yang akan datang. Bagi anda yang perlukan bantuan saya untuk
memiliki dapur yang diidamkan pada harga yang kompetetif dan mampu milik boleh
menghubungi saya di talian 013-2395758 (sms @ whatapps) atau anda boleh juga
emailkan pertanyaan, lakaran dapur, pelan rumah kepada kabinetdapur@ymail.com. Sehingga bertemu lagi pada paparan yang akan datang Dapur yang Cantik,
Masakan pasti Terbaik. Assalamualaikum.
Labels:
ampang,
base unit,
dapur sempit,
dapur terhad,
hood elba,
kabinet bajet,
kabinet dapur,
kabinet dapur moden,
kabinet dapur murah,
konkrit table top,
konkrit top,
milamine,
sinki 2 bowl,
tiles,
wall unit
Bandar Sri Pemaisuri, Cheras.
Assalamualaikum dan
salam sejahtera. Pada paparan kali ini saya ingin berkongsi hasil kerja yang
telah saya siapkan. Bertempat di Bandar Sri Pemaisuri 1 set dapur dan 1 set
wardrobe telah disiapkan.
Material table top
jenis konkrit dan pintu kabinet dari jenis abs melamine. Satu bar counter yang
memisahkan Antara ruang dapur dan ruang tamu. Bar counter mempunyai 2 lapisan
table top membuatkan ia kelihatan sangat menarik.
Wardrobe bersaiz lebih
kurang 3 kaki untuk bilik tidur anaknya. Saiz sebegini sesuai untuk kanak-kanak
kerana ruang yang agar terhad. Penggunaan material dari jenis abs melamine
dengan harga mampu dimiliki.
Sehingga bertemu lagi
dengan hasil-hasil kerja yang telah saya lakukan, sekiranya anda sebarang
pertanyaan atau kemuskilan mengenai kabinet dapur, boleh menghubungi saya di
talian 013-2395758 hafiz (sms @ whatapps) atau juga boleh emailkan pelan rumah,
lakaran kabinet dapur yang ingin dibuat kepada kabinetdapur@ymail.com saya akan meneliti dan memberikan anggaran kasar harga. Dapur yang
cantik, masakan pasti menarik. Assalamualaikum.
Monday, December 9, 2013
Taman Desa Serdang, Serdang.
Assalammualaikum dan salam
sejahtera. Pada paparan kali ini saya ingin berkongsi dengan anda hasil kerja
yang telah saya siapkan pada beberapa minngu lalu. Projek pada kali ini terletak
di Taman Desa Serdang. Tuan rumah En Z inginkan dapur lama kelihatan lebih menarik
kerana dapur sedia ada perlukan perubahan dari segi material dan kemasan. Dapur
sedia ada menggunakan material dari jenis abs melamine dan En Z ingin menggunakan
kabinet jenis kayu Nyatoh yang telah terbukti ketahananya.
Proses untuk membuat kabinet
jenis nyatoh ini mengambil masa 2 minggu. Kerja pemasangan mengambil masa
4-5jam sahaja. Setelah kabinet ini siap dipasang, keesokkan harinya, team untuk
‘touch up’ akan datang mambaiki mana-mana bahagian yang mungkin tercalar atau sebagainya.
En Z sangat berpuas hati
dengan kabinet nyatoh yang baru diterimanya. Jika ada anda diluar sana yang
perlukan bantuan saya untuk memiliki kabinet dapur yang dihajati, boleh menghubungi
saya di talian 013-2395758 hafiz (sms @ whatapps) atau juga boleh emailkan kepada
kabinetdapur@ymail.com
Sehingga paparan pada
kali ini dapat membantu anda diluar sana sedikit idea atau maklumat untuk memiliki
kabinet dapur yang cantik dan menarik. Dapur yang cantik, masakan pasti
terbaik.
keadaan dapur sebelum
sebelum pemasangan
kabinet lama telah dibuka
kerja pemasangan akan dilakukan
4-5 jam sebelum
hasil setelah 4-5 jam
kabinet jenis nyatoh
macam cantik je.. haha
macam menarik aje...
counter bar
Wednesday, December 4, 2013
Cengal Kondominium, Bandar Tasik Permaisuri, Cheras
Assalamualaikum. Pada kali ni aku nak bawak korang semua ke Kondominium
yang sebelum ni aku dah ada buat almari pakaian. Apartment yang aku maksudkan ni
Cengal Kondominium yang berada di Bandar Seri Pemaisuri. Pada kali ni custumer aku
ni Cik N ingin membuat kabinet dapur.
Design yang telah diberikan simle jer straight. Kabinet ni menggunakan
material melamine. Kerja-kerja pemasangan biasa la mengambil masa 4-5 jam je.
Jika ada sebarang pertanyaan boleh menghubungi saya
013-2395758 hafiz (sms @ whatapps) email kabinetdapur@yamil.com
sehingga bertemu lagi ‘dapur yang cantik, masakan pasti tebaik.
Assalamualaikum.
warna kontra table top dan pintu kabinet
kawasan dapur yang agak terhad
pandang dari kiri
lakaran kabinet dapur
Thursday, October 3, 2013
Pulau pandan jauh ke tengah, kita ke pulau meranti..
Salam sejahtera. Kali ini aku nak share dengan korang hasil kerja yang telah aku buat pada minggu lepas. Projek kali ni berdekatan dengan Putrajaya dan Cyberjaya iaitu di Pulau Meranti. Pemilik kediaman Pn N yang sangat baik dan peramah membuatkan senang berurusan dengannya. Rumah Pn N sangat besar ye la 2 and half storey (bestnya rumah besar2 ni).
Pn N berhajat untuk membuat pintu untuk kabinet yang mana table top konkrit telah siap dibuat sebelum ni. Kalau table top dah ada tapi pintu kabinet tak de, mcm x siap je kan dapur kan. So kena la pasang pintu kabinet agar kelihatan kemas dan tersusun keadaan dapur. Nak memasak pun kena ada persekitaran yang selesa untuk memasak. Betul x para wanita2 di luar sana? Haha
Selain pintu kabinet, Pn N nak buat rak buka yang mana buku2 pun perlu diletakkan di tempat yang tersusun dan mudah untuk dicari. Rak buku ini dari bawah sampai ke syiling rumah. So banyak buku yang boleh disimpan. Rak buku biasanya berwarna putih dan ia akan kelihatan kemas. Para di rak buku boleh diubah ketinggian mengikut saiz buku.
Kerja pemasangan mengambil masa 4 jam je untuk siap semuanya. Berserta dengan entry ini aku ada sediakan gambar untuk tontonan wanita diluar sana. Klau sesiapa yang berhajat untuk membuat kabinet dapur, boleh hubungi Hafiz 013-2395758 atau boleh emailkan(kabinetdapur@ymail.com) ukuran atau drawing untuk mendapatkan sebut harga. Sekian saja untuk paparan kali ini sehingga bertemu lagi di entry yang akan datang. Wsalam.
keadaan dapur asal
sebelum pemasangan
kawasan rak buku
table top konkrit
selepas 4 jam tara..
pada sudut kiri
close up
rak buku, cermin akan digantung di tengah
Subscribe to:
Posts (Atom)