Tuesday, April 24, 2012

Bandar Sri Putra, Bangi.

Salam sejahtera. Rasanya telah lama aku tak update blog aku ni. Bukan apa banyak perkara yang perlu diselesaikan pada hujung tahun ni. Dengan permintaan untuk buat cabinet dan hal-hal semasa tak sempat untuk aku nak update blog.

Pada kali ni aku nak bawak korang semua ke Bandar Sri Putra bertemu dengan custumer aku ni En S. En S masih muda lagi dan telah memiliki rumah landed. Aku rasa bangga muda-muda lagi dah ada rumah landed. Boleh jadikan pembangkit semangat untuk beli rumah landed ni. Hahaha insyallah. Masa muda-muda ni la masa yang terbaik untuk memiliki rumah sebab apa, boleh lanjutkan tempoh pinjaman sehingga 30 tahun. Ok la berbalik kepada kabinet dapur yang telah dibuat oleh En S. kabinet En S berbentuk L shape. Table top dari jenis konkrit + tiles 2x2 berwarna hitam. Pada bahagian pintu pulak penggunaan dari jenis melamine. Kombinasi warna merah dan putih  menaikkan lagi keserian bahagian dapur rumah En S. Selain dari kabinet dapur, En S juga ingin membuat almari pakaian dan rak kasut. Pemilihan warna putih untuk almari pakaian dan warna walnut untuk rak kasut.

Ok korang layan dulu gambar yang aku sediakan ni. Semoga memberi inspirasi kat korang untuk mereka bentuk kabinet yang korang mahukan. Assalammualaikum.

Sebelum

pemasangan konkrit 2-4 hari

kombinasi 2 warna

penggunaan handle build in

pemasangan pintu dalam 1 hari

putih kelihatan lebih luas

bahagian dalaman wardrobe

suami 1 side dan isteri 1 side


Bandar Semenyih