Tuesday, November 22, 2011

Kota Warisan, Kayu Nyatoh


Salam sejahtera. Seperti yang dinyatakan dalam entry yang lepas aku nak tunjukkan kat korang kabinet yang diperbuat dari material lain sket. Selalunya material yang digunakan untuk pintu dari jenis melamine, tapi untuk kali ni aku nak tunjuk kat korang hasil dari kayu solid Nyatoh.

Sebelum tu aku nak terima kasih kepada En P yang telah memberi sepenuh kepercayaan kat aku untuk menyiapkan kabinet dapur yang diidamkan. Kediaman rumah En P ni telah siap dengan table top konkrit. So kerja aku nak tutup bahagian depan yang terbuka ni. En P memang dari dulu telah menggunakan kayu solid nyatoh ni. Rumah beliau yang lama pun menggunakan kayu nyatoh ni. Setelah menggunakan lebih kurang 5-6 tahun keadaan kayu ni masih dalam keadaan yang baik. Untuk kediaman di Kota Warisan ni beliau masih lagi nak gunakan kayu nyatoh ni. Cuma warna je lain. Dulu dia guna sylex sekarang nak guna spray cat putih pulak. So korang nanti tengok la gambar hasil kerja yang telah siap. Pemilihan warna putih cream membuatkan keadaan di dapur En P seolah2 berada di over sea gitu. Hahaha English style la katakan. Di samping membuat kabinet dapur, dia juga ada membuat wardrobe di bilik atas. Nanti korang tengok la gambar yang aku sediakan ni. 

Cuma satu disini yang aku nak tekankan, sekiranya korang memang dah ada kontraktor untuk buat table top konkrit, sila pastikan korang semak dulu plan yang nak dibuat dengan pihak kabinet dapur. Mengapa harus semak??? Ok ini untuk pastikan yang table top yang akan kontraktor nak buat 2 bersesuai dengan pintu kabinet yang bakal nak buat nanti. So maksud aku kat sini ialah bagi mendapatkan balance antara pintu kabinet yang akan nak buat nanti terutama pada bahagian dapur dan juga sinki. So takut pintu untuk bawah dapur tidak selari dengan dapur korang. Keadaan ini jarang dilihat oleh kontraktor yang membuat table top konkrit.  Hahaha janji kerja dorang siap ok la kan?? Tapi kami disini amat mementingkan kualiti dan kepuasan anda di luar sana. Hahaha (poyo gila ayat aku ni) tapi ni la hakikatnya memang kalau boleh aku nak setiap dari custumer aku berpuasa berpuas hati dengan hasil kerja yang aku lakukan.

Ok sampai sini jer la untuk entry aku kali ni. Sekiranya anda semua inginkan Gemu masih berada dalam Raja Lawak Mega pada minggu hadapan jangan lupa untuk mengundi GEMU dan hantarkan ke 99999. Ops salah plak hahaha. Ok la pada korang yang nak kan sebut harga, ingin khidmat nasihat, nak buat kabinet dapur dan almari pakaian boleh la menghubungi aku di talian 013-2395758 atau emailkan kepada kabinetdapur@ymail.com berjumpa lagi pada entry yang akan datang Assalammualaikum.
















Wednesday, November 9, 2011

Desaria Nilai


Salam sejahtera. Ok kali ni aku nak bawak korang semua ke Negeri Sembilan. Kalau sebut Nilai mesti korang taw kan kat mana tempat ni. Mana lagi kalau nak cari kain langsir, baju raya dan lain-lain. Terima kasih kepada Pn N yang telah memanggil aku untuk menyiapkan kabinet dapur yang diidamkan. Pn N ni seorang yang sangat peramah dan mudah mesra dengan semua orang. 

Ok bercerita pulak mengenai kabinet dapur yang ingin dibuat. Pn N perlukan wall unit pada bahagian dapur. Banyak pulak bulan ni tempahan untuk wall unit sahaja.  Boleh panggil bulan wall unit ni. Hahaha. Aku tak kisah bagi korang yang nak buat wall unit sahaja ke, base unit jer ke. Aku sedia menerima tempahan serata Lembah Klang atau kawasan Negeri Sembilan.
Pemilihan dari segi warna pulak Pn N memilih warna merah + putih. Kalau ruang tamu dah warna merah, kabinet dapur semestinya warna merah. Warna merah ni bagi korang yang berani jer. Kabinet dapur kali ni didatangkan sekali dengan jiran yang tidak jauh dari Pn N. Rekabentuk lebih kurang sama dengan Pn N tetapi warna putih + hitam. So kat sini korang boleh lihat perbezaan warna hitam dan merah. Senang la korang nak buat pemilihan warna.

Diharap dengan paparan kali ni memberikan inpirasi kepada korang untuk membuat kabinet dapur. Ok sekian sahaja untuk kali ini kita berjumpa lagi di episode yang akan datang dia masa dan waktu yang sama dalam rancangan Dapur mu, Dapur ku jua. hahaha








Happy deepavali - Taman Permai Kajang


Salam sejahtera. Pejam celik, pejam celik kejap jer masa berlalu. Minggu depan dah raya Deepavali lepas tu dah raya korban. Buat yang menunaikan haji 2 aku ucapkan moga selamat pergi dan selamat balik, moga mendapat haji yang mabrur. Ok untuk entry kali ni aku nak bawak korang ke Taman Permai Kajang bertemu dengan En S. Kabinet yang nak buat ni sempena Deepavali yang bakal menjelma tak lama lagi. Jangan risau En S sebelum Deepavali aku boleh siapkan. 

Ruang dapur En S telah pun disediakan dengan table top konkrit so kerja aku hanya pasang pintu bawah dan kabinet atas jer.  Alangkah indahnya pemandangan sekiranya ada pintu kabinet ni kan. Tak de la manampakkan keadaan bahagian dalam kabinet ni. Hahaha so terpulang la kat korang macam mana nak susun bahagian dalam ni dan memudahkan kerja-kerja memasak seharian. Ye la nak guna periuk dah tahu kat mana disimpan periuk ni. Kan senang kan?? Mengenai kabinet dapur En S ni pemilihan warna untuk pintu ialah dari warna 397 Giallo Waves dan 3D1 Tiziano Pine. Mengenai harga pulak kalau kabinet L shape ni harga tak sampai Rm3k pun dah boleh dapat. Tak percaya boleh hubungi aku untuk maklumat lanjut. Hahaha.

Ok la geng sampai disini sahaja untuk kali ni. Nantikan episode yang akan datang dengan pelbagai jenis kabinet dan warna yang aku nak tunjukkan kat korang semua. Sehingga berjumpa lagi bye bye Assalammualaikum. 



kalau dah rezeki tak kemana - Cahaya Appartment Pasar Borong Selangor


Salam sejahtera. Syukur kehadrat ilahi atas limpah kurnia yang diberikan. Allamdulillah banyak permintaan untuk membuat kabinet dapur mahu pun wardrobe. Terima kasih kepada pelanggan-pelanggan aku terdahulu yang telah membuat dengan aku. Sepanjang minggu ni ada jer pemasangan yang dilakukan. Yela rezeki telah ditentukan dan usaha juga kena dilakukan. Baru lah dapat rezeki tu kan. Hahaha. Ok la. Untuk entry kali ni pelanggan Pn M yang aku temui menetap di Apparment Cahaya yang berada dekat sahaja dengan Pasar Borong Selangor. Ok Pn M sebelum ni Pn M telah berjumpa aku tetapi ada sedikit masaalah, jadi terpaksa ditangguh untuk buat kabinet dapur.

Ok bercerita mengenai kabinet dapur yang ingin dibuat, Pn M hendak memiliki kabinet dapur yang simple menggunakan material konkrit + tiles. Biasa la kalau rumah apartment tak boleh nak buat renovation besar-besar  macam nak extend dapur ke. Kang ada pulak management datang serang rumah korang. Hahaha konkirt yang digunakan saiz 2kaki x 2 kaki. So mmg cun la tiles besar2 mcm ni. Kerja-kerja konkrit mengambil masa 3 hari. Untuk bahagian pintu pulak pemilihan pintu dari jenis melamine 376 Jamila Stripe. Warna ni memang pilihan ramai pelanggan-pelanggan aku sebab warna ni mudah masuk dengan warna lain disamping warnanya yang menarik. Ok itu dari segi pemilihan warna dan material yang digunakan. Mengenai harga pulak kalau korang tengok agak-agak korang berapa ek klau nk dapat kabinet dapur mcm ni berserta piping dan sinki 2 bowl? Rm5k? Rm6k ok harga untuk kabinet dapur ni around Rm3k jer. So bagi korang yang rasa-rasa berminat dan nak taw lebih lanjut boleh call aku lepas ni. Hahaha. Kalau korang nak buat ansuran bulanan (aeon credit) pun boleh. Aku sedia membantu korang yang mengidamkan kabinet dapur yang cantik dan murah. 

Ok la. Korang layan dulu gambar-gambar yang aku sediakan ni. Apa-apa pun jangan malu dan jangan segan untuk menghubungi aku untuk membuat kabinet dapur ataupun almari pakaian. Ok sehingga berjumpa lagi salam hormat dari aku. Assalammualaikum.