Friday, April 29, 2011

harga berjuta-juta ker apartment Juta Mines ni???


Syukur alhamdulilah dengan rezeki yang telah diberikan. Aku terima banyak permintaan untuk membuat kabinet dapur sejak kebelakangan ni. Terima kasih pada korang yang memberi kerjasama dan sokongan secara langsung atau tidak dalam perniagaan kabinet dapur ni. Pada yang telah buat kabinet dapur dengan aku jutaan terima kasih aku ucapkan. Aku harap korang berpuas hati dengan servis yang aku telah berikan.

Ok la untuk entry kali ni aku telah bertemu dengan Pn Al dan En Za. Lokasi pemasangan kali ni dekat Juta Mines Balakong, Seri Kembangan. Harga apartment ni juta-juta ker? hahaha x der la nama jer Juta Mines. Kerja-kerja kali ni mengambil masa agak lama kerana melibatkan kerja konkrit pada dinding dan juga pada bahagian sinki. Pada hari pertama kerja-kerja mengikat bata dan membuat table top untuk kawasan sinki. Pada hari kedua pula kerja pemasangan tiles dan plaster dinding dilakukan. Hari ketiga kerja kemasan dilakukan. Jadi kerja konkrit mengambil masa selama tiga hari. Kerja pemasangan kabinet dapur mengambil masa 1 hari jer untuk siap. Ini kerana kabinet ini telah dipasang di kilang dan hanya dibawa dan terus dipasang ke rumah pelanggan.

Pemilihan warna 220 Beige dan 408 Majestic Ebony pada dapur En Za membuatkan dapur kelihatan moden. Kombinasi 2 warna dan kontra diantara 1 warna dengan warna yang lain menyerlahkan lagi dapur En Za.  Terdapat 1 tall unit untuk microwave dan oven memudahkan lagi kerja-kerja membuat kuih. Nanti raya tak perlu lagi la nak beli kuih raya lagi. Pada table top pula En Za menggunakan warna MT611 Granite Storm. Warna ini lebih kurang sama dengan 408 Majestic Ebony.

Ok la aku dah ponek nak taip dah ni. Ok la jumpa lagi entry yang akan datang. Untuk entry ni tak der gambar untuk korang tatap… haha lawak jer… korang layan la dulu gambar kat bawah ni. Kalau ada yang tengah cari idea untuk dapur korang boleh la amik dekat sini dan pada korang yang ada facebook jangan lupa untuk add aku. Ok bye… bye… Jumpa lagi…




















Thursday, April 28, 2011

panggilan pelanggan vs panggilan hangit???


Salam sejahtera. Bertemu lagi untuk aku kongsikan beberapa koleksi kabinet dapur untuk korang semua. Diharap dengan ada nya blog buruk aku ni dapat la korang bertukar idea dan pandangan untuk kabinet dapur  yang korang inginkan.  

Sejak kebelakangan ni ada terima banyak panggilan telifon dari orang ramai untuk mendapatkan sebut harga, design, pandangan, membuat temu janji. Terima kasih aku ucapkan pada korang semua. Di dalam kesibukkan aku melayan panggilan telifon aku menerima panggilan telifon yang jarang-jarang kali aku terima. Panggilan hangit ker? Hahaha Terlebih dahulu aku memohon maaf sekiranya apa yang aku kongsikan dalam blog buruk aku ni mengenai infomasi, gambar-gambar dan juga idea-idea yang mana ianya daripada  pihak di luar sana. Bukan niat dihati untuk menciplak ciptaan orang lain di luar sana, tetapi niat aku sebagai berkongsi pendapat dan idea-idea mengenai gambar-gambar dan kombinasi warna  yang menarik untuk dipadankan dengan dapur korang.  Disini aku mengakui ada juga terdapat gambar dari luar yang aku letakkan di dalam blog buruk aku ni cuma yang mana entry khas yang aku buat khusus untuk menceritakan pasal kabinet itu adalah hasil kerja yang aku lakukan. Sharing is caring kan???

Ok la untuk entry kali ni buka nak bercakap mengenai pekara diatas tapi aku nak bawak korang semua ke ampang untuk berkongsi hasil yang aku buat untuk client aku ni Pn L. Terima kasih Pn L kerana memberi kepercayaan kepada aku untuk membuat kabinet dapur untuk rumah dia. Buat pertama kali aku melihat rumah Pn L ni aku dah terpesona dengan kecantikan hasil kerja dan rekaan rumah Pn L. Pn L memiliki ruang dapur yang besar. Klau rumah dah besar mesti dapur pun besar gak kan. Dapur Pn L sudah memiliki table top konkrit. Jadi mudah la kerja aku untuk membuat kabinet dapur kerana table top dah ada. Kos pun dapat dikurangkan.  Dapur Pn L berbentuk U shape dan mempunyai island di hujung dapur.

Untuk pintu kabinet Pn L telah memilih warna 350 arlington Pine digabungkan dengan 376 Jamila Stripe. Hasil korang boleh tengok gambar kat bawah. Pn L meminta dua Pull Out Basket untuk accessories dapur. POB ni di korang nak letak pinggan boleh, nak lepak botol2 pon boleh gak. Di bahagian kabinet atas juga terdapat ruang untuk Pn L nk letak bekas garam ker, gula, milo dan apa-apa la yang Pn L suka.

 Ok la panjang pulak entry aku bt kali ni. Mana yang baik dr blog aku ni kita kongsikan bersama  dan mana yang kekurangan aku mintak maaf. Peace no war… bye…  jumpa lagi…















Tuesday, April 19, 2011

Taman Sri Nanding, Hulu Langat


Salam sejahtera, korang penah tak sampai dekat Taman Nanding, Hulu Langat? Kat sini la lokasi aku pemasangan kabinet terbaru aku. Taman ni senang je kalau korang nak cari bersebelah jer dengan petronas. Aku bertemu dengan En Y dan Pn N. En Y dan Pn N sangat ramah orangnya. Tak sampai 1 jam jumpa dah banyak yang kiteorang bualkan.

Rumah En Y dan Pn N baru jer lepas renovation. Jadi masa renovation En Y telah menyiapkan table top. Jadi mudah la keja aku dan kos dapat dikurangkan. Pemilihan warna 301 Lime Oak dan 346 Havana Oak mempunyai corak yang seakan sama cuma warna yang berbeza. Pemasangan mengambil masa 3 jam untuk siap.

Banyak juga yang aku belajar dari En Y ni. Dia pesan kat aku kalau kita buat baik dan jaga ibu bapa kita, insyallah tuhan akan memurahkan rezeki kita. Sejak En Y ni bawa ibu dia ke rumah dia sekarang ni, murah betul rezeki dia. Ada jer panggilan dari custumer meminta perkhidmatan dari dia. Syukur….

Ok la korang layan la dulu gambar dapur En Y dan Pn N ni. Korang jangan lupa untuk follow blog dan add facebook aku. Ok jumpa lagi… bye… bye….





Monday, April 18, 2011

Bukit Hatamas, Cheras


Hari aku sibuk betul. Mana  tak sibuk hari ni jer ada 2 pemasangan. Kena la aku pantau 2 pemasangan ni. Nasib baik jarak antara 1 tempat tak jauh sangat. 1 tempat di Sepakat Indah II,Kajang dan satu lagi Bukit Hatamas, Cheras.  Yang ni Bukit Hatamas Cheras bukan di Damansara. Ramai yang ingat di Damansara. Huhuhu kawasan ni bagi orang yang tak pernah sampai agak susah gak nak cari. Tapi sekarang ni dah ada GPS lagi senang la nak gi satu tempat.

Ok dekat Bukit Hatamas ni aku bertemu dengan en A. Ramai betul en A. tadi dekat Sepakat Indah pun en A. Sori la aku tak dapat dedahkan nama client-client aku. Cukup sekadar en abc. Huhuhu… setengah orang tak kisah nama didedahkan tapi ada yang tidak selesa.

Ok la berbalik pada kabinet dapur. Untuk Kabinet dapur rumah en A, pemilihan warna MM3B6 Rocky Mountain Pine digabungkan dengan warna 376 Jamila Stripe memang amat menarik. Untuk permukaan atas meja pulak En A telah memilih warna MT606 Moon. Setelah kabinet ini siap dipasang En A dan isteri telah berpuas hati dengan hasil kerja yang dilakukan.

 Kat sini aku nak ucapkan selamat bersalin buat orang rumah en A yang dijangka pada bulan Mei ni. Semoga selamat semuanya. Sebarang pertanyaan atau nak mintak aku ukur boleh la korang hubungi aku di talian 013-2395758. Jumpa lagi di enrty yang akan datang.. bye..bye..

 sebelum
 sebelum
 sebelum
 kemas dan disusun rapi
 pemilihan warna yang kontra satu sama lain