Wednesday, October 26, 2011

Cengal Condominium Bandar Tasik Permaisuri, Cheras


Salam hormat pelanggan-pelanggan  yang dihormati. Hahaha macam pengumuman kat pasaraya pulak. Ok pagi tadi aku dah bawak korang ke Kelana Jaya, petang ni aku nak bawak korang ke Condominium sengal Cengal yang terletak di Bandar Tasik Permasuri, Cheras. Disini aku bertemu dengan pemilik rumah ni En F. Steady jer orangnya. Hahaha En F dan isteri ingin membina 1 almari pakaian yang mana dulunya agak padat kerana ruang yang ada tidak boleh digunakan sepenuhnya seperti di bahagian atas.  So penyelesaian untuk masaaalah En F ni ialah membina satu wardrobe yang fix pada 1 bahagian dan ruang kosong yang ada digunakan sepenuhnya. So tak der la problem lagi untuk menyimpan atau menggantung pakaian. 

Pemilihan warna yang digunakan oleh En F ialah dari jenis 3D5 Montana Cherry. Warna ni warna yang terbaru bagi keluaran 2011. Lakaran almari pakaian juga telah diberikan dan En F dan isteri telah bersetuju dengan lakaran yang diberikan. Lakaran yang diberikan  masih boleh diubah sekiranya pelanggan ingin menambah seperti rak atau sebagainya. Bergantung kepada permintaan pelanggan. Harga masih tetap sama tiada cas tambahan. Ok untuk harga pulak dalam lingkungan Rm2k-2.5k untuk almari pakaian En F.

Setelah siap kelihatan gembiran En F dan juga isterinya dengan hasil kerja yang dilakukan. Diharap dapat berjumpa lagi dengan En F. Ok lah den dah ponek dah ni dari pagi sampai ke petang. Korang layan la dulu gambar yang telah aku sediakan kat bawah ni. Sekiranya korang atau sahabat handai, saudara mara, pak cik, mak cik, jiran sebelah rumah yang ingin membuat kabinet dapur ataupun almari pakaian (wardrobe) jangan malu2 untuk hubungi aku. Insyallah aku sedia memberikan khidmat yang terbaik untuk korang. Ok berjumpa lagi di entry yang akan datang. Assalammualaikum. 






4 comments:

  1. hi,

    nak tanya price kalau buat wardrobe mcm ni. tq

    ReplyDelete
  2. hi, pls email me the price for ths type of wardrobe. i dekat apartment sri penara depan kondo ni..

    ReplyDelete
  3. Boleh saya tahu harga wardrobe ini? fatinrazali@yahoo.com

    ReplyDelete
  4. bole email pd sy jgk cute_yuyu88@yahoo.com

    ReplyDelete