Wednesday, October 26, 2011

Cengal Condominium Bandar Tasik Permaisuri, Cheras


Salam hormat pelanggan-pelanggan  yang dihormati. Hahaha macam pengumuman kat pasaraya pulak. Ok pagi tadi aku dah bawak korang ke Kelana Jaya, petang ni aku nak bawak korang ke Condominium sengal Cengal yang terletak di Bandar Tasik Permasuri, Cheras. Disini aku bertemu dengan pemilik rumah ni En F. Steady jer orangnya. Hahaha En F dan isteri ingin membina 1 almari pakaian yang mana dulunya agak padat kerana ruang yang ada tidak boleh digunakan sepenuhnya seperti di bahagian atas.  So penyelesaian untuk masaaalah En F ni ialah membina satu wardrobe yang fix pada 1 bahagian dan ruang kosong yang ada digunakan sepenuhnya. So tak der la problem lagi untuk menyimpan atau menggantung pakaian. 

Pemilihan warna yang digunakan oleh En F ialah dari jenis 3D5 Montana Cherry. Warna ni warna yang terbaru bagi keluaran 2011. Lakaran almari pakaian juga telah diberikan dan En F dan isteri telah bersetuju dengan lakaran yang diberikan. Lakaran yang diberikan  masih boleh diubah sekiranya pelanggan ingin menambah seperti rak atau sebagainya. Bergantung kepada permintaan pelanggan. Harga masih tetap sama tiada cas tambahan. Ok untuk harga pulak dalam lingkungan Rm2k-2.5k untuk almari pakaian En F.

Setelah siap kelihatan gembiran En F dan juga isterinya dengan hasil kerja yang dilakukan. Diharap dapat berjumpa lagi dengan En F. Ok lah den dah ponek dah ni dari pagi sampai ke petang. Korang layan la dulu gambar yang telah aku sediakan kat bawah ni. Sekiranya korang atau sahabat handai, saudara mara, pak cik, mak cik, jiran sebelah rumah yang ingin membuat kabinet dapur ataupun almari pakaian (wardrobe) jangan malu2 untuk hubungi aku. Insyallah aku sedia memberikan khidmat yang terbaik untuk korang. Ok berjumpa lagi di entry yang akan datang. Assalammualaikum. 






SS5c Kelana Jaya, Tabung Haji


Salam 1 malaysia. Hari sabtu memang syok kalau dapat lepak kat rumah dengan family, tapi aku hari ni ada pemasangan yang perlu aku lakukan untuk pelanggan-pelanggan yang aku hormati. Ok untuk entry kali ni aku nak bawak korang ke rumah pelanggan aku ni dekat Kelana Jaya berdekatan dengan Komplek Tabung Haji. Blog buruk aku ni la penghubung aku dengan pelanggan aku hari ni iaitu Pn L. Terima kasih Pn L yang memberi kepercayaan kat aku untuk siapkan kabinet dapur rumah dia. 

Pn L berhajat untuk menambah kabinet dapur yang sedia ada di rumahnya. Al-maklumlah semakin hari semakin banyak barangan dapur yang perlu disimpan. Kat mana lagi kalau nak simpan, kalau bukan dekat dalam kabinet dapur. Hahaha. Penambahan bahagian base unit pada bahagian wall unit yang sedia ada. Pada bahagian satu lagi terdapat sedikit masaalah pada bahagian dinding yang nak dipasang kabinet dapur kerana keadaan dinding tersebut tidak sama @ tak rata (boleh rujuk gambar dibawah) tapi demi memastikan cabinet yang dipasang menepati citarasa Pn L, kabinet yang dipasang mengikut permukaan dinding yang tidak rata tu. Yela tak kan la nak biarkan belakang kabinet mempunyai ruang kosong. Tak cantik la pulak nanti.  Pn L memilih warna untuk pintu kabinet 324 Bavarian Beech dan untuk table top pulak dari warna MT601 Cherry. Untuk dipadankan dengan warna kabinet lama yang sedia ada.  Harga untuk kabinet dapur yang dibuat dalam lingkungan Rm2k aje. 

Ok la hari ni aku agak bz sket kerana masih ada 1 lagi pemasangan di Cheras. So nanti aku akan ceritakan tapi yang ni wardrobe plak. Ok bye.. bye…










Tuesday, October 4, 2011

Titiwangsa Comdominium, Kuala Lumpur


Salam sejahtera. Ok untuk kali ni aku nak bawak korang jalan-jalan makan angin dekat Kuala Lumpur Bandar metropolitan yang pesat membangun. Hahaha macam pemandu pelancong plak. Lokasi untuk entry kali ni ialah di Titiwangsa Condominuim. Ok bagi korang yang belum penah sampai kat sini mudah sahaja cuma perlu naik Star LRT dan pesan kat penjaga counter tiket nak gi Titiwangsa Centre. So sampai jer kat Titiwangasa Centre dengan berjalan kaki dalam 10 min korang dah sampai kat Titiwangsa Condominium ni. Pemilik dan selaku Tuan rumah ni ialah En F. Terima kasih En F kerana memberi kepercayaan untuk menyiapkan kabinet dapur rumahnya.

Untuk Titiwangsa Condominium ni ada 5 unit yang perlu disiapkan. Terdapat 2 Block A dan juga Block B. Block B ni mempunyai keluasan yang lebih besar skit berbanding Block A. Ok setelah harga dan warna dipersetujui maka bermula la pemasangan pintu kabinet ni. Pemasangan dilakukan 2 team 1 team Block A dan 1 team lagi Block B. So cepat la keja pemasangan. Dalam pkul 4 dah siap semuanya.
Pemilihan warna untuk cabinet ialah warna  3D4 OLIVE ASH. Untuk semua unit menggunakan warna yang sama. So gambar pon sama la semuanya. Untuk kesemua 5 unit ni harga 4k-4.5k. Hahaha. Ok la korang layan la dulu gambar yang aku sediakan kat bawah ni. 

Bagi korang yang dah ada gambar kabinet dapur yang berkenan untuk korang buat kat rumah korang, boleh send kat aku berserta ukuran yang korang nak buat. Jangan la korang hantar gambar jer tapi ukuran tak der. So agak susah jugak aku nak bagi sebut harga untuk kabinet dapur idaman korang 2. Yang penting korang mesti ada ukuran dan material yang korang nak guna. So sepantas kilat aku boleh siapkan sebut harga untuk korang. Ok jumpa lagi di entry yang akan datang. Wsalam…







4 hero VS Taman Tun Perak


Salam 1 Malaysia. Bertemu lagi kita kat blog buruk aku yang tak seberapa ni. Dah lama rasanya aku tak update blog aku ni. Hahaha dah bersawang dah sket ni. Ada juga yang bertanyakan kepada aku kenapa lama tak update blog. Sorry la geng masa sangat mencemburui aku sekarang ni. Ntah apa yang masa cemburu sangat tak taw la. Hahaha. Tapi klau orang cakap diam2 berisi ok la kan.

Ok setelah sekian lama aku tak update blog kali ni aku gagahkan jari-jemari dan akal aku ni untuk korang semua. Ok untuk episode kali ni (macam cerita drama bersiri plak) aku telah berkunjung ke teratak (rumah ler) En Z yang berada di Taman Tun Perak, Cheras untuk menyampaikan hajat En Z untuk membina satu wardrobe khas untuk anak-anak bujang yang seramai 4 orang. Hero2 semua dok dalam bilik ni. 

Ok setelah kerja mengukur dijalankan pada malam Sabtu dan sebut harga telah diberikan kepada En Z. harga pun telah dipersetujui maka pada hari Rabu krew-krew pemasangan sampai untuk memasang wardrobe yang telah dipesan. Pemasangan ni amik masa dalam 6jam – 2jam = 4 jam (2 jam sebab masa angkat barang dari ground floor naik floor 5) hahha. So hasil kerja seperti gambar dibawah.  Kos keseluruhan untuk wardrobe yg dipasang 3k-3.5k aje…  Pemilihan warna plak ialah dari warna 3D3 VERMONT ASH.

Ok bagi korang yang masih lagi tercari-cari kontraktor untuk kabinet dapur korang atau wardrobe, boleh la amik no telifon aku ni (013-2395758) untuk  perbincangan lebih lanjut.  Sekiranya nak bertanyakan boleh emailkan kepada aku kabinetdapur@ymail.com dan juga boleh terus bertanya dekat blog aku ni tapi korang jangan lupa masukkan email @ no telifon korang sekali dalam coment yang korang masukkan kata blog aku ni. Ok bertemu lagi dalam entry yang akan datang. Wsalam.