Monday, March 28, 2011

taman satria, senawang


Salam sejahtera. Hari ni aku ada lagi satu kes untuk korang aku nak kongsikan. Untuk entry kali ni lokasi agak jauh sket dari kawasan lembah klang. Kalau sebut taman satria mesti korang jarang dengar kan. Bukan darah satria ek.. hahaha kali ni aku ada buat dekat senawang, Negeri Sembilan.

Ok terlebih dahulu aku nak terima kasih kepada tuan rumah puan N dan en P. korang semua mesti nak keselesaan dalam rumah korang kan. Membuat kabinet dapur bukan satu benda yang membazir tapi sekarang ni dah jadi keperluan setiap individu. Setiap barangan di simpan dan mudah untuk diambil bila diperlukan.

Puan N inginkan dapur yang kemas dan tersusun kerana barangan-barangan dapur puan N memang banyak. Ok kali ni aku detailkan material yang puan N guna untuk dapur dia. Untuk table top puan N gunakan dari jenis mieco worktop MT611 Granite Storm. Warna mieco top ni memang ramai customer aku gunakan untuk dapur. Ini kerana warna permukaan material ni kelihatan seperti permukaan batuan.

Untuk permukaan pintu kabinet aku telah cadangkan untuk menggunakan melamine warna MM3A9 Regia Walnut dan kombinasi warna 408 Majestic Ebony pada bahagian dapur memasak. Warna MM3A9 digunakan untuk keseluruhan kabinet dapur membuatkan dapur puan N kelihatan lebih menarik dan kemas.

Untuk bahagian pemegang pintu ini, penggunaan built in handle aluminium membuatkan kabinet dapur puan N kelihatan moden dan kemas. Handle ni memang cantik tetapi ini dikira sebagai eksesori. Kos untuk built in handle ni x der la mahal mana pun. Korang masih mampu untuk memilikinya.






Untuk penyedut asap dan dapur memasak, aku gunakan dari jenama elba. So far tak der lagi aku terima complain untuk produk ni. Ok la panjang plak aku bercelote kali ni. Korang layan la dlu gambar kat bawah ni. Untuk sebarang info ke, nk sebut harga ke, nk aku designkan dapur korang boleh hubungi aku. Sebelum aku lupa kalau korang nak tengok gambar2 kabinet yang aku dah buat korang boleh tengok dekat facebook aku http://www.facebook.com/home.php#!/profile.php?id=100001969118896 korang jangan lupa plak nk add aku dalam facebook 2. Ok jumpa lagi nanti. Bye.. bye…

Wednesday, March 16, 2011

4 Tip Rekaan Dapur


Ada pelbagai jenis rekaan dapur, warna, bentuk dan fungsi. Ada dapur yang ringkas, komplikated, berwarna warni dan juga saiz yang berlainan. Korang ada yang sukakan dapur yang besar dan ada juga yang sebaliknya. Pendek kata, korang semua mempunyai citarasa masing masing.

Aku ada 4 nasihat untuk korang yang ingin mempunyai dapur yang praktikal dan dalam masa yang sama menepati citarasa korang:

1. Saiz dapur

Saiz dapur yang besar tidak semestinya bagus. Oleh itu pentingkan ciri-ciri yang pratikal dan kemudahan untuk memasak. Dapur yang besar boleh memberi ruang yang selesa, tapi korang mungkin mengalami masalah sewaktu memasak kerana bahan-bahan makanan mungkin berada jauh di tempat memasak. Dapur yang luas juga memerlukan korang rajin sket dan penjagaan yang rapi kerana tanpa penjagaan yang sempurna, dapur akan kelihatan kotor dan berselerak.



2. Kabinet

Terdapat banyak bentuk kabinet yang diperbuat dari pelbagai jenis bahan atau material seperti kayu nyatoh, semangkuk, melamine dan sebagainya. Harga setiap kabinet itu pula bergantung kepada jenis bahan yang digunakan. Ada kabinet yang dibina secara terbuka (tanpa pintu) dan ada banyak yang direka secara tertutup. 

Jika bajet korang tergolong dalam kategori sederhana (RM5,000 ke atas) atau tinggi (RM10,000 ke atas), luangkan sedikit masa untuk melawat beberapa pereka dapur untuk melihat harga dan bentuk kabinet yang boleh ditawarkan oleh syarikat pereka. Sesetengah pereka menawarkan khidmat melakar bentuk kabinet dalam perisian tertentu secara tiga dimensi(3D) untuk dilihat dan dinilai oleh pemilik rumah.



Bergantung kepada saiz dapur, saiz keseluruhan kabinet boleh berubah-ubah. Jika korang mempunyai barang dapur yang banyak atau merancang untuk membeli banyak perkakasan untuk dapur, korang perlukan kabinet yang mempunyai ruang yang luas.

3. Dapur kering dan dapur basah

Ramai orang kini suka kepada trend membahagikan dapur mereka kepada dapur kering dan dapur basah. Dapur kering selalunya adalah kawasan di mana aktiviti aktiviti masakan lebih melibatkan masakan yang ringkas seperti menggoreng telur atau sosej. Manakala dapur basah dikhususkan untuk aktiviti memasak yang agak berat seperti kari, rendang dan sebagainya. Dapur basah juga selalunya menghasilkan bau dan asap yang banyak.



Tetapi memiliki kedua dua dapur kering dan basah tidak semestinya satu kemestian, Malah Chef Wan,(ting..ting..ting alexander hahaha) seorang pakar tukang masak sendiri pun hanya mempunyai dapur kering sahaja. Beliau boleh memasak sebarang jenis masakan di dapur keringnya kerana dapur dia dilengkapi dengan hood yang menyerap bau dan mengalirkan asap dan bau ke luar.



4. Unit pulau atau ‘island’

Mereka yang sukakan rancangan masakan sudah pasti perasan kebanyakan daripada chef yang memasak di kaca TV menggunakan unit pulau atau ‘island’. Tidak seperti kebanyakan dapur yang selalunya menghadap dinding atau tingkap, unit pulau membolehkan orang lain melihat aksi korang sedang memasak dan menjadikan aktiviti memasak itu lebih menyeronokkan.



Jika korang seorang yang mahir memasak dan sering dikunjungi tetamu yang ingin belajar sesuatu dari korang, kemungkinan orang perlukan unit pulau ini. Unit pulau ini kadangkala datang dengan harga yang mahal, terutamanya unit yang menggunakan ‘table top’ yang berkualiti seperti granite dan solid surface.


Monday, March 14, 2011

Bandar tun Razak, Cheras.


Salam sejahtera. Baru-baru ni kerajaan ada lancarkan skim rumah pertamaku… korang  semua mesti dah taw kan. Kerajaan nak setiap orang miliki hartanah sendiri dengan 0% downpayment. Wow tak perlu lagi korang nak kuar duit diposit untuk beli rumah dan tak perlu lagi korang nak sewa rumah.. 100% loan dari bank yang  menyertai skim ni. So korang jangan lepaskan peluang ni plak.. So nanti nak buat kabinet jangan lupa hello-hello aku kat sini. On the spot aku bleh gi ukurkan kabinet dapur korang. Haha.

Ok untuk entry kali ni aku nak kongsi dengan korang semua 1 clien aku buat kabinet  dapur. 1st aku nak ucapkan terima kasih dekat En R kerana percayakan kiteorang untuk buat kabinet rumah dia. En R memang seorang yang sempoi orangnya.

En R nak kabinet dapur berbentuk L shape (termasuk mini bar). Material yang digunakan ialah mieco worktop + melamine.  Kombinasi warna Bavarian Beech dengan Walnut (gelap) memang cantik menaikan lagi kecerian di dapur. Kerja-kerja pemasangan start pukul 11 pagi dan siap pada 5 petang.

Ok kat sini aku ada upload gambar untuk korang tengok. 




Ok jumpa lagi bye….