Saturday, January 29, 2011

kedudukan...


Salam sejahtera diharap anda semua berada dalam keadaan sihat hendaknya. Semua orang mengimpikan  memiliki dapur yang cantik dan mempunyai gaya istimewa. Oleh itu anda perlu ambil perhatian terhadap beberapa faktor yang penting untuk menyempurnakan dan menyerikan dapur anda.

  Kedudukan sinki (sink), dapur (stove), peti ais (fridge) dan ketuhar (oven) memainkan peranan yang penting dalam sebuah dapur. Jadi, perkara pertama yang perlu dilakukan sebelum kerja renovation adalah menetapkan kedudukan barang-barang tersebut.

  Sinki adalah paling sesuai berhadapan dengan tingkap dalam dapur. Ini bukan sahaja dapat memberi keselesaan kepada anda namun ia juga mengelakkan kelembapan dalam dapur terutamanya sinki yang sering dalam keadaan basah. Cahaya matahari dan angin dari tingkap dapat mengeringkan sinki yang basah dengan lebih berkesan. Ini juga salah satu cara untuk memanjangkan jangka hayat kabinet dapur anda.

 Bagi dapur pula, ia adalah lebih sesuai letak berhampiran dengan sinki. Ini bukan sahaja dapat memudahkan anda, namun penyedut asap (hood) dapat mengeluarkan asap dari dapur dengan lebih berkesan. (Semakin pendek paip penyedut asap, maka ia dapat memaksimumkan fungsinya untuk mengeluarkan asap dari dapur anda) Lokasi yang agak sesuai bagi dapur adalah 1.5 kaki ke 3 kaki jarak dari sinki, jadi ruang antara sinki dan dapur adalah cukup untuk dua orang untuk melakukan kerja  di depan sinki dan dapur masing-masing.

 Ketuhar adalah sejenis barang elektrik voltan tinggi dan ia adalah tidak sesuai kalau letak berhampiran dengan dapur. Maka menyediakan jarak sekurang-kurang 3 kaki di antara dapur dengan ketuhar adalah lebih selamat ke[ada anda. Ketuhar biasa memerlukan ruang 600m x 600mm, jadi ia boleh diletakkan di kabinet bawah atau di dalam kabinet tinggi.Demi meningkatkan kegunaan kabinet supaya anda boleh simpan lebih banyak barang, kabinet tinggi merupakan salah satu pilihan yang baik. Di samping itu, jika anda letak ketuhar dalam kabinet tinggi, maka anda boleh menentukan ketuharnya pada ketinggian yang sesuai dan menyenangkan anda semasa menggunakan ketuhar.

 Peti ais merupakan salah satu barang yang agak besar dalam dapur, kedudukan yang paling sesuai untuk peti ais adalah di hujung dapur supaya menjadikan visual ruang dapur lebih luas. Kebanyakan pereka kabinet dapur suka letak kabinet tinggi di tepi peti ais supaya ia tutup tepi peti ais supaya hanya nampak pintu peti ais. Ini merupakan cara yang baik untuk menyembunyikan peti ais yang besar ini di dalam kabinet untuk dapur yang lebih kemas dan teratur. Walaubagaimanapun, anda dinasihatkan supaya menjarakkan sekurang-kurang 4 inci di antara peti ais dengan kabinet tujuannya untuk membekalkan sistem pengudaraan yang lebih sempurna.

Pernahkah anda dengar tentang segitiga dalam dapur?



  Segitiga ni maksudkan kedudukan sinki, dapur dan juga peti ais. Kalau kita susun ketiga-tiga barang ini di tiga bucu masing-masing, kamu akan nampak satu segitiga dalam dapur kamu. Dengan adanya segitiga ini, barulah kamu dapat optimumkan pergerakkan anda di dalam dapur.  Tetapi, dalam gambar ini,
anda boleh nampak peti ais tu terletak di hujung dapur, ini adalah kedudukan yang saya maksudkan, supaya peti ais yang besar ni tidak blok vision anda.

  Walaubagaimanapun, di Malaysia kebanyakan dapur kabinet adalah disusun secara L-shape. Jadi terpaksalah kita susun dapur sama baris dengan peti ais. Gambar berikut menunjukkan beberapa cara biasa kedudukan dapur, sinki dan juga peti ais.




Friday, January 21, 2011

Promosi untuk pelanggan yang dihargai.....


Promosi terkini...

Ok disini aku nak kongsikan bersama kalau ada sesiapa yang nak kabinet dapur ada satu promosi untuk anda semua. Aku dimaklumkan oleh bos aku setiap pembelian kabinet dapur berharga rm3900 keatas, anda layak untuk mendapatkan hob/hood secara PERCUMA... PERCUMA yob... ok apa tunggu lagi???

Kepada sesiapa yang berhajat untuk buat kabinet dapur untuk dapur korang call la den di talian 0132395758(Hafiz) atau korang boleh emailkan kat aku kabinetdapur@ymail.com (bg sesiapa yg malu direct bercakap dengan aku hahaha) 

Hob/hood yang dimasudkan jenama ELBA. Disini disertakan gambar Hob/hood yang dimaksudkan. Sebarang kemuskilan bolehlah hubungi den untuk maklumat lanjut.

 Elba Hob




Elba Hood

Thursday, January 20, 2011

Jalan Sungai Ramal


Salam sejahtera. Ok hari ni aku nak ceritakan dan kongsi bersama pembaca blog kabinet dapur satu projek yang baru aku siapkan pada bulan lepas. Pelanggan aku ni Pn Nor yg menetap di Kajang telah memberi kepercayaan kepada kami untuk menyiapkan kabinet dapur rumah beliau.
Setelah tarikh dipersetui untuk membuat ukur di rumah beliau, aku pun gi la kat rumah dia dgn peralatan ukur... Pn Nor baru jer masuk rumah ni, so perlu untuk membuat sedikit pengubahsuaian pada rumah tersebut antaranya pemasangan kabinet dapur.
Pn Nor inginkan kabinet dapur jenis L shape. So aku pon buat la pengukuran dan menyiapkan sebut harga untuk kabinet dapur tersebut. table top dari jenis konkrit dan tiles 2’x2’. Kerja2 untuk membuat konkrit mengambil masa 2 hari. Seminggu selepas  selesai kerja konkrit, aku datang kembali untuk kerja pemasangan kabinet dapur plak.
Ok di sini aku kongsi kan sedikit hasil kerja yang aku telah buat.

gambar sebelum pengubahsuaian

gambar selepas pengubahsuaian

ok jumpa lagi...bye....

Tuesday, January 11, 2011

Selamat Datang ke Kabinet Dapur



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat Datang ke Blog kabinetdapur4u.

Pihak kami menyediakan perkhidmatan membuat, memasang dan memperbaiki perkakasan perabut khususnya kabinet dapur, wardrobe dan table top pada kadar harga yang berpatutan.
Kami menyediakan perkhidmatan tempahan, penghantaran dan pemasangan di sekitar Lembah Klang tanpa charge tambahan untuk kos pengangkutan.
Selain itu pihak kami juga menyediakan lakaran, sebut harga dan contoh material kepada pelanggan. Kualiti pembuatan dan kos harga yang berpatutan serta kepuasan pelanggan menjadi keutamaan kami.


Proses kerja kami adalah seperti berikut:

1.Menerima panggilan telefon atau kunjungan dari bakal pelanggan.
2.Mengambil ukuran - PERCUMA.
3.Membuat lakaran atau design - PERCUMA.
4.Menyediakan sebut harga atau quotation - PERCUMA.
5.Memulakan & menyiapkan pemasangan cabinet dapur setelah harga dan design dipersetujui oleh pelangan. (antara 2 - 4 Minggu).

Kepada anda yang berminat dan memerlukan khidmat kami, sila hubungi kami di talian 0132395758 (hafiz) atau boleh emailkan kepada kabinetdapur@ymail.com
Kami juga menyediakan pinjaman dan ansuran bulan kepada individu yang memerlukan.
INGAT! Membuat & memasang kabinet dapur atau wardrobe tidak semestinya MAHAL! Mengapa sanggup MENGHABISKAN WANG yang banyak untuk tujuan ini jika anda boleh mendapatkannya dengan harga yang LEBIH MURAH daripada KAMI! Buatlah tempahan dengan kami sekarang!