Wednesday, November 9, 2011

Desaria Nilai


Salam sejahtera. Ok kali ni aku nak bawak korang semua ke Negeri Sembilan. Kalau sebut Nilai mesti korang taw kan kat mana tempat ni. Mana lagi kalau nak cari kain langsir, baju raya dan lain-lain. Terima kasih kepada Pn N yang telah memanggil aku untuk menyiapkan kabinet dapur yang diidamkan. Pn N ni seorang yang sangat peramah dan mudah mesra dengan semua orang. 

Ok bercerita pulak mengenai kabinet dapur yang ingin dibuat. Pn N perlukan wall unit pada bahagian dapur. Banyak pulak bulan ni tempahan untuk wall unit sahaja.  Boleh panggil bulan wall unit ni. Hahaha. Aku tak kisah bagi korang yang nak buat wall unit sahaja ke, base unit jer ke. Aku sedia menerima tempahan serata Lembah Klang atau kawasan Negeri Sembilan.
Pemilihan dari segi warna pulak Pn N memilih warna merah + putih. Kalau ruang tamu dah warna merah, kabinet dapur semestinya warna merah. Warna merah ni bagi korang yang berani jer. Kabinet dapur kali ni didatangkan sekali dengan jiran yang tidak jauh dari Pn N. Rekabentuk lebih kurang sama dengan Pn N tetapi warna putih + hitam. So kat sini korang boleh lihat perbezaan warna hitam dan merah. Senang la korang nak buat pemilihan warna.

Diharap dengan paparan kali ni memberikan inpirasi kepada korang untuk membuat kabinet dapur. Ok sekian sahaja untuk kali ini kita berjumpa lagi di episode yang akan datang dia masa dan waktu yang sama dalam rancangan Dapur mu, Dapur ku jua. hahaha








2 comments:

  1. heheheehe..i likeeeee...Tq Hafiz

    ReplyDelete
  2. Salam En Hafiz. Nak tya...berapa harga per foot untuk material 3G?

    ReplyDelete