Tuesday, February 1, 2011

Ayat kursi & ayat 1000 dinar



 Salam sejahtera. Entry hari ni lain sket hari ni aku berkesempatan untuk bersama bos aku untuk handle 1 costumer dari semenyeh ni. Banyak yang dapat aku belajar hari ni. Mengenai cabinet la, mengenali jenis2 material la dan paling penting aku bertuah dapat berkongsi pengalaman bos aku en H, dari mula dia start untuk membuat tapak dalam perniagaan ni.

 Banyak betul ranjau duri yg beliau tempuh sebelum berjaya dalam perniagaan ni. Penah kena tampar la, tido bawah khemah la, barang2 kena curi la dan mcm2 lagi. Mmg banyak betul pengalaman yang dia kongsi kan hari ni. Pahit maung untuk berjaya ni mmg susah. Banyak cabaran untuk terus berjaya, tapi yang paling penting pesanan en H ni, bab agama. Dia pesan,’ hafiz dalam kehidupan ni kena slalu  beribadat dan berdoa, solat dhuha kalau boleh buat la kerana solat dhuna ni bleh buka pintu rezeki kita. Selalu amalkan baca ayat kursi dan ayat seribu dinar selepas solat.  Insyallah allah permudahkan segala urusan kita dan dibukakan lg pintu rezeki kita.  Jangan kedekut untuk bersedekah kerana semua harta kita buka milik kita. Zakat tiap tahun jangan lupa bayar kerana dengan zakat dapat menyucikan harta yang kita ada.




Ok la kawan2 harap dengan entry ini dapat la kita berkongsi ilmu yang ada.

4 comments:

  1. salam,

    nk servey harga kabinet atas bawah & table top berukuran U shape : Lebar (2 kaki) & Pjg (lebih kurang 30 kaki) ikut material di bawah :

    i - kabinet (3G) & table top (mieca worktop)
    ii - kabinet (melamine) & table top (tiles)

    utk pengetahuan konkrit utk table top dh ada.

    ReplyDelete
  2. boleh saya dapatkan email saudara/saudari yang menghantar komen diatas untuk sebut harga kabinet dapur yang dinyatakan. terima kasih..

    ReplyDelete
  3. Salam,
    saya pun tengah servey hg kabinet tp bawah shj dan table top berukuran U shape: 13 x 10 x 6 mengikut material kabinet (3G) dan table top granite..konkrit utk table top belum ada lagi...

    ni emel saya..nrzas@yahoo.com

    ReplyDelete
  4. Salam saya nak tanya kabinet 4'x 12' berapa yer...boleh bagi qoutation tak? my email ayuthia82@yahoo.com

    ReplyDelete