Setiap kali korang merancang dapur baru anda, 1 dari keputusan penting yang korang perlu buat adalah tentang pemilihan pintu untuk dapur baru korang. Kerana pintu kabinet adalah 1 kawasan permukaan terbesar yang korang akan lihat di dapur. Pintu-pintu kabinet adalah komponen yang memberi karakter kepada dapur korang. Ia dapat menunjukkan dapur korang kelihatan English style, moden, tradisional dan macam-macam lagi. Konsep dapur dan gaya dapur yang korang nak bergantung kepada kemasan, corak pada pintu (warna) dan aksesori pintu kabinet.
Ada banyak bahan yang boleh digunakan dalam pembinaan pintu-pintu kabinet. Antara yang popular adalah kayu solid, kaca, arcylic, aluminium, keluli tahan karat, chipboard, MDF board, dan beberapa lagi. Untuk hasil yang menarik, gabungan 2 material yang berlainan akan menimbulkan lagi kabinet dapur korang.
Daya ketahan kayu solid memang tak perlu dirisaukan. Dari mula diperkenalkan permintaan terhadap kayu solid masih tinggi. Harganya pun tinggi jugak la. Hahaha kayu ni akan diwarnakan mengikut permintaan custumer. Kalau nak dapur korang macam English stye kena la cat warna putih. Bagi korang yang nak mengekalkan keaslian warna kuyu ni, pemilihan warna coklat macam gambar kat bawah digunakan. Kayu jenis semangkuk lebih mahal harganya jika dibandingkan dengan nyatoh. Ini kerana sukar untuk mendapatkan kayu jenis semangkuk ni. Untuk kayu solid, jenis-jenis kayu yang sering digunakan ialah:
Nyatoh
Jenis : Kayu keras ringan.
Nama Botani : Spesis utama Sapotaceae dikenali sebagai Palaquium spp. (spesis ringan)
Keterangan Am :
- kayu gubalnya agak jelas. Warna teras kayu merah jambu pekat atau coklat kemerahan.
- ira kayu lurus manun jarak antara ira kian rapat hingga bercantum di tengah batang. Turut ditemui ira berombak.
- bertekstur rata dan sedikit kasar.
- keratan rentasnya sangat halus hingga dapat dilihat dengan mata kasar.
Ketahanan : Tahan lama
Kegunaan : Paling elok dibuat perabot. Ia juga sering dijadikan kemasan perhiasan bermutu tinggi dan kabinet, panel, pengadang, kumai, lantai parket, geladak/ dek bot dan venier.
English style
keaslian warna kayu
gelap itu menawan?
Semangkuk
Jenis : Kayu keras ringan.
Nama Botani : Scaphium spp daripada spesis keluarga sterculiaceae.
Keterangan Am :
- kayu gubal dalam pelbagai warna cerah, boleh jadi coklat kekuningan, kuning pucat atau coklat merah.
- ira kayu corak lurus dan berpanca rapat. Tekstur kasar dan tidak rata terbentuk daripada lapisan lebar parankima.
Ketahanan : Agak tahan lama.
Kegunaan : Banyak diguna dalam pembuatan papan lapis perabot dan panel.
English style
PENJAGAAN
Sinaran matahari
Kesan cahaya matahari boleh menjejaskan kayu dan kemasannya. Sinaran ultra boleh menusnahkan keindahan kayu dalam masa beberapa minggu hingga ke bulan. Sinaran ini juga dapat menembusi lemasan panyudah struktur molekul kayu itu sendiri. Dalam hal ini, warnanya akan berubah dengan pantas. Kemasan meratak atau garisan iranya berpisah seperti corak kulit buaya. Jadi, jauhkan perabot ini dari sinaran mataharidan cara terbaik melindunginya ialah dengan memasang bidai atau melengkapi tingkap dengan perlindungan sinaran ultra ungu.
Suhu dan kelembapan
Kedua-dua faktor ini memberi kesan buruk kepada perabot. Sama ada berkemasan atau tidak, kayu akan menyerap apa saja yang ada di persekitarannya. Keadaan kering pula akan menyebabkan kayu ini mengecut kerana kekurangan lembapan. Sebaliknya, jika terlebih lembapan, kayu itu akan membengkak, retak dan merekah akibat tekanan. Justeru, anda dinasihatkan tidak sesekali menempatkan barangan plastik atau getah di atas meja kerana ia boleh menyebabkan plasticizer migration (pertembungan dua permukaan yang boleh menyebabkan kerosakan salah satu permukaan) yang merubah struktur kayu.
Saluran kitaran udara tidak sepatutnya dihadang sebarang perabot. Ini kerana haba dan hawa dingin akan mewujudkan satu suhu yang kurang sesuai bagi perabot. Letakkan perabot di tempat yang mudah dilihat tetapi selamat daripada sinaran matahari serta suhu melampau. Pada musin hujan, berhati-hati membuka tingkap supaya air hujan tidak terkena perabot.
Produk kecantikan
Berhati-hatiketika menggunakan bahan pelarut seperti alkohol, penanggal pengilat kuku, minyak wangi/ kolon dan sebarangkimia beracun ketika berdekatan perabot. Ini kerana cecair yang tumpah boleh membuatkan permukaan perabot mengelupas dan melunturkan cat serta kemasannya.
Bahan pencuci
Anda disarankan menggunakan minyak lemon. Sebelum itu, buang habuk pada perabot kemudian cuci sebelum menggilapnya.
Melamine
warna putih dapur kelihatan luas
modern
Mengenai harga plak semua orang mampu milih untuk memiliki material ni. Melamine ni boleh dikatakan material yang kos yang rendah tapi memberikan hasil yang berkualiti dan puas hati.
3G (3rd Genaration)
Ok untuk 3G ni plak maksud 3G ialah generasi ke-3 dalam kabinet dapur. Untuk generasi pertama dalam kabinet dapur masa mula-mula kabinet dapur ni diperkenal, dorang guna kayu solid. Sampai sekarang pun permintaan terhadap kayu solid ni masih lagi tinggi kerana hasil yang cantik dan daya ketahanan yang tinggi.
permukaan yang menarik dan berkilat
green apple
Untuk genarasi ke-2, yang aku sebutkan tadi la melamine. So karang boleh la tengok balik melamine kat atas tu. So sekarang ni keluar generasi yang ke-3 iaitu 3G. Material yang selalu digunakan ialah acrylic. So bahan acrylic ni ialah campuran diantara kaca dan plastic. So korang tengok permukaan pintu yang guna acrylic ni memang cantik dan berkilat. Hasil kemasan pun memang puas hati. Bagi korang yang nak dapur moden dan menawan hati boleh la gunakan material ni. Orang cakap kalau dapur mahal-mahal dan cantik-cantik ni masak apa pun semua jadi sedap. Hahaha. Ye la kalau dapur dah cantik-cantik so si pemasak boleh la memasak dengan suka hati dan gembira. Biasanya untuk material acrylic ni ramai custumer memilih warna-warna yang terang so menonjolkan lagi kabinet dapur. Korang boleh tengok gambar-gambar yang aku lampirkan.
Salam bro, saya ada satu masalah nak tanya, 2 tahun lepas masuk rumah buat kabinet dapur melamine + granite top.. masalahnya skrg bahagian bawah sinki tu dah nak rabak dah.. boleh ke ianya dibaiki dgn membuat base concrete dan kekalkan granite top sedia ada, dan pintu yg sama dgn asal, supaya takyah tukar semua, biar masuk dgn bahagian kabinet dapur yg tak rosak, seperti top unit, tall unit..
ReplyDeletewsalam. seelok-eloknya klau table top guna granite batter guna body kayu. sebab apa body kayu??? ok klau body kayu senang nk levelkan bg permukaan granite td rata jer. so bila guna konkrit xkan dapat sama rata bahagian atas. mesti ada yg terlebih tinggi dan terkurang. so skrg hanya repair body jg rosak jer. pintu klau dalam keadaan ok bleh guna lg. harap menjawab soalan en nizam.
ReplyDeleteSalam. Bagaimana pula dengan plywood, laminate & chipboard. Apakah perbezaan di antara ketiga-tiga bahan di atas? Yang mana paling tahan?
ReplyDeleteSalam, saudara /i apakah warna sesuai utk perabut nyatoh ?
ReplyDeletekebiasaan ramai yang menggemari warna asli kayu nyatoh itu sendiri. jadi pengguna warna pengilat yang cerah digunakan untuk mengekalkan keaslian warna kayu nyatoh itu seperti warna kekuningan. ada juga yang menggemari warna gelap jadi pemilihan warna pengilat gelap digunakan.
ReplyDeletesalam....sy lily..ada design yg sy tgk, mcm idea sy nk buat d rumah sy...nk tnya harga mcm mana ek?
ReplyDeletewsalam, ok saudari boleh emailkan kepada saya ukuran untuk kabinet dapur yg hendak dibuat. saya akan memberikan sebut harga untuk ukuran yang diberikan. emailkan kepada kabinetdapur@ymail.com
ReplyDeletesue dr johor.
ReplyDeletesaya baru nak masuk umah.sya nak tanya mane lagi bagus table top batu atau kayu?.byk saya survey table batu lagi murah dr kayu.klu saya pilih table kayu nyatoh rak kayu solid. adakah ia bagus? saya dah choose satu design nak combine table kayu nyatoh dan top kayu keras solid.klu 20 kaki kabinet kayu nyatoh RM4900, adakah harga berpatutan?
if klau gunakan kayu dari jenis nyatoh memang kayu jenis tu tahan. saya rasa harga yang ditawarkan munasabah untuk saudari terima. harap dapat membantu.
ReplyDeletebleh x pakai plywood je untuk pintu kabnet tu
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteSaya sedang mencari kontraktor untuk renovate rumah baru. Ada cadangan? Harga berpatutan, kualiti & service bagus. Sekitar Kuala Lumpur/Selangor.
ReplyDeleteboleh hubungi saya mengenai renovate rumah, table top, kabinet dapur, wardrobe dan lain2.
ReplyDeletesalam bro. saya sedang survey kabinet dapur. sy nak tau ape perbezaan pintu material 3G dan glass. yg mana 1 lebih baik dan tahan. TQ
ReplyDeleteBoleh x bg sy quotation utk KC 6x7, L shape...guna plywood laminate & table top...quotation yg sy dpt rm2200, ok ke harga tu...tq
ReplyDeleteok bro. buat dgn website ni lg mahal :)
ReplyDeletesalam, saya nak tye kalo untuk almari pakaian nak gune kan material aper? sy ader dpt harga chipboard untuk size 6'x8' rm 1500. munasabah ker?
ReplyDeleteSalam, sy nak tanya klu cabinet aryclic tu warna putih, bila dah pakai lama dia akan bertukar jd warna kekuning-kuningan x?
ReplyDeleteSalam, Saya nak tanya,...kalau pakai material arkilik diamond untuk pintu ok x?...pastu ada kedai bg quotation untuk 12.5kaki bottom,...atas dlm 3kaki rm10670 untuk tabletop quartstone n pinti arkilik diamod...ok tak harga tu?
ReplyDeleteSALAM..SAYA NAK TANYA KALAU KITCHEN KABINET SAYA SEKARANG WARNA KAYU N SAYA NAK TRANSFORM KE WARNA PUTIH..CAT APA YG PERLU SAYA GUNA..PERLU TAK GUNA UNDERCOAT
ReplyDeletesalam, saya nak tya.. antar acrylic and 3G Glass mana yg ok?
ReplyDeletesalam, saya nak tanya, sy pakai 3g hi glass pintu kabinet, camna caranya nak tukar warna pintunya
ReplyDeletekalau design english style yg macam kat atas sekali tu dlm berapa rm?...ukuran lebih kurang gambar atas tu yg colour putih...
ReplyDeletekalau design english style yg macam kat atas sekali tu dlm berapa rm?...ukuran lebih kurang gambar atas tu yg colour putih...
ReplyDeletesy nk tanya perbezaan antara melamine 3g dgn aluminium 3g...yg mana lebih baik dan tahan lasak?
ReplyDeletesy nk tanya perbezaan antara melamine 3g dgn aluminium 3g...yg mana lebih baik dan tahan lasak?
ReplyDeleteselalunya adakah kayu kabinet di bhg atas permukaan bawah, akan dicat?
ReplyDeleteingin membuat kabinet dapur? wardrobe? kabinet tv dan lain2..
ReplyDeletekami mempunyai pakage menarik untuk and.
HANYA UNTUK ANDA !
like&visit fb kami : https://www.facebook.com/AZ-Interior-Design-Sdn-Bhd-1707424542809816/
or call 03-80527813 for more information
Assalamualaikum, saya nak tanya kalau kicthen cabinet 19' bawah dan atas full top dalam 14kaki + aksesori , 2 pcs aluminium glass door, T5 lighting, table top concrete hg RM16,800. HARG mahal ke reasonable tak
ReplyDeleteKabinet saya jd sarang lipas...bagaimana nk repair?antara pintu ke pintu ada lbg yg jd jln lipas..
ReplyDeleteAssalamualaikum..tumpang tanya.tuan ada buat ke pintu utk kabinet dapur.table top dh ada dh
ReplyDeleteApa beza pintu Kabinet melamine dgn laminated board Dari segi kerajaan dah harganya
ReplyDelete