Salam sejahtera. Hari ni aku nak terangkan kat korang pasal table top atau permukaan atas untuk kabinet dapur. So benda ni agak penting kerana ia menunjukkan betapa mahal & cantiknya dapur korang. Nak dapur cantik ,duit pun kena cantik gak. Haha terdapat beberapa jenis table top yang ada di pasaran. Antaranya ialah:
i. konkrit + tiles
ii. granite & marble
iii. solid surface
iv. mieco worktop
Konkrit
Konkrit korang sedia maklum kat Malaysia dah lama dah guna material ni. Konkrit sifatnya yang tahan lasak dan kuat untuk menampung beban. Kombinasi antara konkrit dan tiles amat cantik, lebih2 lagi guna tiles 2x2. Memang cun la. Ramai yang custumer nak guna material ni cuma yang leceh sket konkrit ni ambil masa 2-3 hari untuk biarkan konkrit ni kering. Kalau pakai mieco worktop sehari jer boleh siap keja pemasangan tapi konkrit ni paling lama amik masa 4 hari (untuk konkrit ni btol2 kering) 1 hari untuk pemasangan pintu kabinet dapur. Harga untuk konkrit ni x der la mahal sangat klau nak ikutkan. Ye la bahan ni tahan lasak, kukuh memang x perlu nak risau la pasal konkrit ni.
Granite & Marble
Ok untuk material granite ni plak harga mengikut warna. Untuk makluman korang semua, lagi gelap warna marble 2, lagi mahal la harga dia terutama warna hitam. Korang boleh tengok kat pasaran pn ada 2 jenis granite ni. Satu yang tebal dan nipis. Klau yang nipis ni aku x jual sebab kualiti dan ketahan yang kurang jika nak dibandingkan dengan yang tebal ni. Ramai customer yang berminat dengan warna hitam contoh seperti black galaxy. Mungkin ni salah satu sebab kenapa harga hitam lagi mahal sebab permintaan tinggi.Tapi granite ni memang x der problem. Semua customer yang guna puas hati la. Granite ni memang susah nak calar lain la korang gergaji atas permukaan granite ni plak. Hahaha banyak pilihan warna yang ada untuk granite ni.
Untuk marble aku x syorkan sangat untuk korang pakai material ni. Sebab apa aku cakap macam ni sebab marble ni air boleh meresap masuk dalam bahan ni. So bila air masuk dalam ni dia akan tinggalkan kotoran yang susah untuk dicuci. So untuk mengelakkan korang datang complain dekat aku, baik aku bagi taw awal2 benda ni kat korang. So x der la nanti aku kena potpet dengan korang.
Solid surface
Solid surface diperbuat dari campuran resin dan batu. Kandungan batu di dalamnya menjadikan ia kukuh dan resin pula menjadikannya kedap cecair. Ada banyak pilihan warna dan ada juga solid surface yang mengandungi kuartza atau kaca yang kelihatan lebih berkilau. Kalau berkilau ni harga pn berkilau gak la.
Solid surface ni ringan jer tapi kena ada ruang yang cukup nak bawak solid surface ni sebab ia dibuat siap2 dikilang dengan saiz sebenar yang akan dipasang nanti. Untuk lubang seperti sinki dan dapur, ia perlu ditebuk siap2 di kilang. So ukuran dan kedudukan kena la betul. Takut bila dah tebuk tiba2 cakap x mau plak dapur kat tempat ni. So akan timbul problem la nanti.
Solid surface ni klau korang nak taw memang tak der main sambung-sambung. So memang x der la lubang2 kecil kat permukaannya. Jadi bakteria pun x dapat nak membiak atau sembunyi kat atas permukaan ni. Kerja2 mencuci permukaan ni pn senang hanya berbekalkan air + sabun dan sedikit tenaga, sekali
Mieco worktop
Untuk material ni plak bahan yang digunakan sama seperti bahan yang digunakan untuk pembuatan pintu melamine. Tapi ketebalan untuk worktop ni 2 kali ganda dari melamine. Bahan ni sangat kukuh so korang x yah risau la pasal ketahanan worktop ni. Worktop ni jugak kalis air dan anai-anai. Banyak juga pilihan warna seperti kayu, batu dan cuarry. Permukaan worktop ni pun susah nak calar kalau jaga elok-elok.
Dengan harga yang semua orang mampu so banyak gak costumer aku yang pilih material ni.
Harap dengan apa yang dikongsi hari ni dapat la korang membuat pilih untuk dapur korang nanti. Sebarang pertanyaan boleh la korang coment kat ruang coment kat bawah ni. Segala coment dan persoalan aku dahulukan dengan ucapan terima kasih.










Table top konkrit + tile berape yer? per square ft or per ft?..
ReplyDeleteTq
salam..
ReplyDeletebro, saya nk psang kabinet dapur simple je di rumah utk diberi sewa. unit flat trsebut di bndar sri dmnsara. bleh dapatkn quotation tak? klau bleh, nnti saya bg ukuran. kabinet sbelah bwah je.. hbungi saya di feelhoney@gmail.com
wan untuk konkrit + tile rm145 untuk sekaki.
ReplyDeleteboleh jer. saya dah emailkan. klau ada kemuskilan call saya.
salam,
ReplyDeletenak quotation kabinet bawah saje.
ukuran : 13x4 kaki
material :konkrit + tiles dan mieco worktop
saya pilih dua2 ni untuk bandingkan harga.
ble hubungi saya melalui email : eijajohan@gmail.com
Salam,
ReplyDeleteMenarik blog tuan. Saya tengah cari contractor untuk buat KC di Bdr Seri Putra Bangi. Kalau buat table top concrete + melamine with aluminium edging berapa kos kasar untuk ukuran dibawah:
Bawah: U-shape : 5 kaki x 10 kaki x 7 kaki
Atas : L-shape: 10 kaki x 7 kaki
Cara bayaran camne?
wsalam. terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog buruk saya yang x seberapa ni. ok untuk anggaran kabinet dapur bahagian bawah untuk table top konkrit (tiles 2kaki x 2kaki) = rm3750. untuk pintu kabinet anggaran dalam rm2840 dan kabinet atas dalam rm2360. aluminuim edging rm950.
ReplyDeleteterdapat 2 jenis bayaran cash dan ansuran bulanan.
1. cash = 20% diposit dperlukan dan setelah selesai bayaran selebihnya diambil.
2. aeon creadit.
boleh saya dapatkan no tel en rosli untuk perbincangan lebih lanjut?
assalamualaikum
ReplyDeleteboleh kombine tak bawah konkrit atas letak mieco?
TQ
Salam,
ReplyDeleteInfo dalam blog menarik!! Saya tengah cari kontraktor untuk dapur rumah saya di Nilai Impian. Berapa harga agaknya kalau buat table top konkrit ngan solid nyatoh untuk dapur:
1)Bawah - Straight 8 kaki dengan satu tower
2)Atas - 8 kaki
3) Island - 6 kaki
Tq
salam..
ReplyDeleteartikel yang menarik..
dapur rumah saya berkeluasan terhad..
justeru, adakah lebar table top yg biasanya 2 kaki boleh dikecilkan menjadi 1.5 kaki misalnya?
ataupun memang mesti mau 2 kaki jugak? konfius..
leh tuan tanah explain sket x?
tq..
-zamzam-
boleh saya dapatkan email en/pn zalah?
ReplyDeletewsalam zamzam,
ReplyDeletemengenai kelebaran kabinet dapur yg ingin dibuat,ianya bergantung kepada kegunaan kabinet dapur itu sendiri. kebiasaan 2 kaki sering kita gunakan kerana saiz kelebaran dapur dan sinki hanya 1.5kaki. jadi sekiranya kabinet yg ingin dibuat tidak terlibat dengan sinki dan dapur tiada masaalah untuk membuat 1.5kaki sahaja. harap jawapan ini dapat menjawap soalan zamzam.
Salam,
ReplyDeleteBole sy dptkan harga
Bawah: U-shape : 4 kaki x 3 kaki x 4 kaki
Atas : L-shape: 4 kaki x 7 kaki
kabinet 3G
tabletop : konkrit tile
emel : mariaty@utem.edu.my
salam. saya ada emel bersama pelan lantai.. mohon maklumbalas ya..
ReplyDeleteterima kasih.
wsalam, sy telah balas email saudari. terima kasih.
ReplyDeletemasih terima tempahan dr melaka?
ReplyDeletemaaf area melaka belum boleh cover lagi. terima kasih
ReplyDeletesalam..baru nak tanya tapi da bagitau area melaka tak cover lagi.. takde rezeki
ReplyDeletesalam.. kalo saya nak renovate dapur, solid surface yg lama bole guna semula ke...??
ReplyDeleteAskum .kalau bwh 14, atas 7 kaki brape. Solid nyatoh
ReplyDeleteSalam..Quotation untuk kabinet konkrit berbentuk L 8 x 4ft. termasuk atas sekali.
ReplyDeletebpe minimum harga kc klau nak wat secara ansuran?..nilai n sepang u cover x?
ReplyDeletesalam, nak tanya la granite sekaki berapa? & solid surface sekaki berapa? & di antara material tersebut yang mana lebih berkualiti? thanks.
ReplyDeletesalam....blh bg quotation...utk dapur saiz 10 kaki...table top konkrit...pintu 3g....thanks...edny_alive@yahoo.com
ReplyDeleteklu nak upah sketch design dapor berapa ye? saya jenis dapur memanjang..pastu ade laluan plak kat tepi dapur tu untuk ke jalan belakang...saya minat U-shape sebab senang nak serve makanan...TQ
ReplyDeleteAs salam, kalau guna granite, perlu ke buat concrete support? if x perlu, kukuh ke?
ReplyDeleteSalam...
ReplyDeleteboleh bg quotation utk buat table top konkrit 14.5kaki beserta upah psg tiles.tiles sy beli sendiri.tlg email ke sharmilaasmida@yahoo.com
~asmida
Bayu Perdana Klang
salam, just nak tanya.....berapa tebal table top biasanya??? 3 inci include tile ker?? bolehkah terus pasang tile atas konkrit table top tanpa letak bancuhan simen pasir halus??adakah macam tu tile akan lebih kuat atau cepat tanggal kelak??? tq
ReplyDeletebrp rm utk 1 kaki solid surface & granite marble? kedai en dimana? sekiranya rumah diluar kl, dikenakan caj tak? tk
ReplyDeleteMieco worktop ngan solid surface mane lg mhal?bape rm 1kaki? Kalau table top pkai material formica mcm mana lak? Ok x? Sbb kat tg malim ni ade solid surface n formica je.. sooid surface tu rm200 1 kaki.. mhal kan?
ReplyDeleteAssalamualaikum. Nak tanya harga table top concrete tile 2 x 2 . bentuk L , 4 x 7 kaki. aizuddin247@yahoo.com
ReplyDeleteTerima Kasih ^^
salam,
ReplyDeleteboleh saya dapatkan qoutation untuk kabinet dapur sinki. sebab dapur saya lebar lebih kurang sinki then extra satu jenkal kiri and kanan.
salam smua..singgah kejap di perkhidmatan : ubahsuai.blogspot.com
ReplyDeletetq
salam.
ReplyDeletesaya nak pasang kabinet dapur yang simple dan table top di apartment laguna biru kundang.boleh tak email quotation pada saya.email saya halamancintaku@gmail.com
terima kasih