Salam 1 malaysia. Hari sabtu memang syok kalau dapat lepak kat rumah dengan family, tapi aku hari ni ada pemasangan yang perlu aku lakukan untuk pelanggan-pelanggan yang aku hormati. Ok untuk entry kali ni aku nak bawak korang ke rumah pelanggan aku ni dekat Kelana Jaya berdekatan dengan Komplek Tabung Haji. Blog buruk aku ni la penghubung aku dengan pelanggan aku hari ni iaitu Pn L. Terima kasih Pn L yang memberi kepercayaan kat aku untuk siapkan kabinet dapur rumah dia.
Pn L berhajat untuk menambah kabinet dapur yang sedia ada di rumahnya. Al-maklumlah semakin hari semakin banyak barangan dapur yang perlu disimpan. Kat mana lagi kalau nak simpan, kalau bukan dekat dalam kabinet dapur. Hahaha. Penambahan bahagian base unit pada bahagian wall unit yang sedia ada. Pada bahagian satu lagi terdapat sedikit masaalah pada bahagian dinding yang nak dipasang kabinet dapur kerana keadaan dinding tersebut tidak sama @ tak rata (boleh rujuk gambar dibawah) tapi demi memastikan cabinet yang dipasang menepati citarasa Pn L, kabinet yang dipasang mengikut permukaan dinding yang tidak rata tu. Yela tak kan la nak biarkan belakang kabinet mempunyai ruang kosong. Tak cantik la pulak nanti. Pn L memilih warna untuk pintu kabinet 324 Bavarian Beech dan untuk table top pulak dari warna MT601 Cherry. Untuk dipadankan dengan warna kabinet lama yang sedia ada. Harga untuk kabinet dapur yang dibuat dalam lingkungan Rm2k aje.
No comments:
Post a Comment