Sunday, May 15, 2011

All white Taman Gombak


Salam 1 Malaysia. Ok entry kali ni aku nk bawak korang semua g taman Gombak (belakang taman Greenwood). Terima kasih kepada pemilik rumuh ni En Iz kerana memberi  kepercayaan kepada aku untuk buat kabinet dapur rumah dia. Rumah En Iz ni aku tengok baru jer lepas renovation. So bertemakan konsep all white memang cantik dan kelihatan luas rumah En Iz.

Untuk cabinet dapur juga En Iz dan isterinya ingin kan kabinet yang berwarna putih. Aku sedaya upaya merealisasikan impian En Iz dan isterinya. En iz sudah mempunyai table top konkrit untuk bahagian memasak dan ingin menambah lagi satu bahagian kabinet berhadapan table top yang sedia ada. Pada bahagian yang baru En Iz mahu menggunakan material mieco worktop untuk table top. Pada bahagian penyedut asap terdapat saluran yang perlu ditutup untuk kelihatan lebih kemas. En Iz meminta aku box-up pada bahagian yang dinyatakan tadi.

Kerja-kerja memasang bermula pada pukul 11 pagi dan berakhir pada pukul 5.30 ptg. Pemilihan warna 101 white memberikan warna putih yang terang pada dapur En Iz dan MT614 marbe de france untuk table top. Selepas siap kerja-kerja pemasangan En Iz dan isteri berpuas hati dengan hasil kerja yang dilakukan.  Ok korang layan dulu gambar all white milik En Iz.

 sebelum pemasangan
 perlu pengubahsuaian
 bahagian lagi satu untuk kabinet dapur
 gambaran keseluruhan
 selepas pemasangan

 tersimpan dan tersusun rapi
 luas dan bersih
 bahagian sinki dan dapur
 penyedut asap
 moden + english
 all white
 putih itu bersih

17 comments:

  1. bape kos sumer ni??

    ReplyDelete
  2. kos dalam 5k untuk dua-dua belah. harap menjawab soalan saudara/saudari diatas.

    ReplyDelete
  3. kalau area sg buloh boleh ker?

    ReplyDelete
  4. sekiranya sy berminat,adakah pihak anda akan mgenakan bayaran lain krana rumah sy di bandar tasik puteri rawang..

    ReplyDelete
  5. kenapa jauh sangat jarak antara cooker hood dan hob?...berkesan ker tarikan asap jauh cam tu?

    ReplyDelete
  6. harap penulis boleh trus meletakkan harga bagi tiap kabinet y di buat tu.boleh bajet2 kalo kami pembaca datang sini.tak payah la letak harga betul2...cam rm5.1k ++ ke 5XXX ke..cadangan je.sbb nka bukak kotak komen nak tgk satu2 macam payah sket

    ReplyDelete
  7. tiada bayaran dikenakan sekiranya rumah custumer berada dalam kawasan lembah klang.

    hood dan hob berada pada satu tempat yang sama.

    she-G insyallah sekiranya post saya selepas ini saya akan masukkan kos yg berkaitan untuk sesuatu kabinet. terima kasih atas komen yang diberikan.

    ReplyDelete
  8. suka dgn cabinet....... nak tanya selain putih, ada warna lain ke???? mmg kemas dan cantik...

    ReplyDelete
  9. terima kasih, selain warna putih ada banyak lg warna lain yang boleh diperolehi. klau ada masa saya akan buat post untuk warna2 pintu kabinet dapur.

    ReplyDelete
  10. Material apa yang telah digunakan ?

    ReplyDelete
  11. material yang digunakan untuk rumah diatas ialah abs melamine. terima kasih.

    ReplyDelete
  12. kalau saya nak buat seperti gambar dia atas ..berapa ye ... saiz dapur , kalau singki 6 kaki .. dan bahagian masak 7.5 kaki .. berapa kos dia ...

    ReplyDelete
  13. boleh saya dapatkan email saudara/i diatas. terima kasih.

    ReplyDelete
  14. salam... saya nak tanya budget carbinet dapur yang bahagian atas sahaja.. ukuran tinggi carbinet dalam 3 kaki, panjang dalam 15 kaki.. tapi saya duk seremban...kajang ngan seremban dekat ja lalu lekas..hope dapat membantu
    email saya lez_syam@yahoo.com

    ReplyDelete
  15. Salam
    Saya nk tnye klu utk bhgian sinki dan dapur shj berapa ye budgetnya...Tq

    ReplyDelete
  16. salam..nak tanya..adakah harga di atas termasuk hood/ penyedut asap?

    ReplyDelete
  17. salam...nak tanya..adekah harga di atas termasuk hood/penyedut asap?

    ReplyDelete