Salam 1 Malaysia. Ok entry kali ni aku nk bawak korang semua g taman Gombak (belakang taman Greenwood). Terima kasih kepada pemilik rumuh ni En Iz kerana memberi kepercayaan kepada aku untuk buat kabinet dapur rumah dia. Rumah En Iz ni aku tengok baru jer lepas renovation. So bertemakan konsep all white memang cantik dan kelihatan luas rumah En Iz.
Untuk cabinet dapur juga En Iz dan isterinya ingin kan kabinet yang berwarna putih. Aku sedaya upaya merealisasikan impian En Iz dan isterinya. En iz sudah mempunyai table top konkrit untuk bahagian memasak dan ingin menambah lagi satu bahagian kabinet berhadapan table top yang sedia ada. Pada bahagian yang baru En Iz mahu menggunakan material mieco worktop untuk table top. Pada bahagian penyedut asap terdapat saluran yang perlu ditutup untuk kelihatan lebih kemas. En Iz meminta aku box-up pada bahagian yang dinyatakan tadi.
sebelum pemasangan
perlu pengubahsuaian
bahagian lagi satu untuk kabinet dapur
gambaran keseluruhan
selepas pemasangan
tersimpan dan tersusun rapi
luas dan bersih
bahagian sinki dan dapur
penyedut asap
moden + english
all white
putih itu bersih
bape kos sumer ni??
ReplyDeletekos dalam 5k untuk dua-dua belah. harap menjawab soalan saudara/saudari diatas.
ReplyDeletekalau area sg buloh boleh ker?
ReplyDeletesekiranya sy berminat,adakah pihak anda akan mgenakan bayaran lain krana rumah sy di bandar tasik puteri rawang..
ReplyDeletekenapa jauh sangat jarak antara cooker hood dan hob?...berkesan ker tarikan asap jauh cam tu?
ReplyDeleteharap penulis boleh trus meletakkan harga bagi tiap kabinet y di buat tu.boleh bajet2 kalo kami pembaca datang sini.tak payah la letak harga betul2...cam rm5.1k ++ ke 5XXX ke..cadangan je.sbb nka bukak kotak komen nak tgk satu2 macam payah sket
ReplyDeletetiada bayaran dikenakan sekiranya rumah custumer berada dalam kawasan lembah klang.
ReplyDeletehood dan hob berada pada satu tempat yang sama.
she-G insyallah sekiranya post saya selepas ini saya akan masukkan kos yg berkaitan untuk sesuatu kabinet. terima kasih atas komen yang diberikan.
suka dgn cabinet....... nak tanya selain putih, ada warna lain ke???? mmg kemas dan cantik...
ReplyDeleteterima kasih, selain warna putih ada banyak lg warna lain yang boleh diperolehi. klau ada masa saya akan buat post untuk warna2 pintu kabinet dapur.
ReplyDeleteMaterial apa yang telah digunakan ?
ReplyDeletematerial yang digunakan untuk rumah diatas ialah abs melamine. terima kasih.
ReplyDeletekalau saya nak buat seperti gambar dia atas ..berapa ye ... saiz dapur , kalau singki 6 kaki .. dan bahagian masak 7.5 kaki .. berapa kos dia ...
ReplyDeleteboleh saya dapatkan email saudara/i diatas. terima kasih.
ReplyDeletesalam... saya nak tanya budget carbinet dapur yang bahagian atas sahaja.. ukuran tinggi carbinet dalam 3 kaki, panjang dalam 15 kaki.. tapi saya duk seremban...kajang ngan seremban dekat ja lalu lekas..hope dapat membantu
ReplyDeleteemail saya lez_syam@yahoo.com
Salam
ReplyDeleteSaya nk tnye klu utk bhgian sinki dan dapur shj berapa ye budgetnya...Tq
salam..nak tanya..adakah harga di atas termasuk hood/ penyedut asap?
ReplyDeletesalam...nak tanya..adekah harga di atas termasuk hood/penyedut asap?
ReplyDelete