Friday, June 24, 2011

Taman Asa Jaya, Kajang.


Salam sejahtera. Ok untuk kali ni aku nak bawak korang ke satu lagi kes yang aku kendalikan bertempat di Taman Asa Jaya, Kajang. Huhuhu macam kes polis. Ok pemilik rumah ni Tuan T sebab apa aku panggil Tuan T kerana pemilik rumah ni seorang anggota polis.. hahaha so nada dan tema entry kali ni kena la tegas dan berdisiplin. Hahaha.

Ok rumah Tuan T masih lagi dalam ubahsuai. So kena la aku tunggu proses ubah suai abis dahulu. Kalau tak abis la berdebu kabinet yang aku pasang nanti. Tunggu punya tunggu, abis juga kerja ubah suai rumah Tuan T ni. Terdapat 3 bahagian dapur yang Tuan T ni nak pasang. Dapur basah, dapur kering dan juga bahagian untuk makan dan lepak-lepak. Pemilihan warna yang sama gunakan untuk semua kabinet dapur iaitu warna 338 walnut. Tuan T sangat meminati warna ini. Untuk bahagian table top tuan T telah buat masa ubah suai rumah ni. So kerja kau pasang kabinet jer la. Alhamdulilah semua kerja berjalan dengan lancar.

Ok kali ni ada banyak gambar yang aku lampirkan bersama untuk enrty kali ni. Lagi satu aku nak mintak pandangan dan pendapat korang semua yang pembaca blog aku ni mengenai blog yang aku buat ni. Selama 3 bulan aku merepek-merepek ni bagi korang, blog yang aku buat ni membantu korang tak untuk mencari maklumat mengenai kabinet dapur. Bagi sesiapa yang ada pandapat boleh la juga komen supaya dapat aku memperbaiki blog aku ni dari semasa ke semasa. Semua komen dan cadangan korang semua aku dahulukan dengan ribuan terima kasih. Assalamualaikum dan salam sejahtera.
















10 comments:

  1. baru beli rumah kah asa jaya juga. nak tanya berapa kos bagi dapur basah kajh gambar kedua tu.

    ReplyDelete
  2. saya telah emailkan sebut harga untuk perhatian pihak tuan. terima kasih.

    ReplyDelete
  3. blog yang menarik kerana maklumat yg diberi memang dari orang yang expert.

    ReplyDelete
  4. tidak la Tuan. masih banyak lagi ilmu yang perlu saya pelajari. blog ni sekadar berkongsi maklumat dengan orang lain. harap memberi faedah kepada orang yang membacanya.

    ReplyDelete
  5. very informative blog.Teruskan....

    ReplyDelete
  6. bole bg saya anggaran harga kalau nk buat kitchen cabinet yg mcm rumah Tuan T.tq

    ReplyDelete
  7. anggaran dalam Rm7k untuk kabinet rumah Tuan T. terima kasih.

    ReplyDelete
  8. saya tengah search org nak buat cabinet dapur. En Hafiz ni ada showroom tak?

    ReplyDelete
  9. ada. boleh datang ke showroom saya di no 6, jalan mendaling, 43000 kajang selangor. terima kasih.

    ReplyDelete
  10. Brape harga yg kabinet dapur basah mcm ni?

    ReplyDelete