Salam sejahtera. Bertemu lagi untuk aku kongsikan beberapa koleksi kabinet dapur untuk korang semua. Diharap dengan ada nya blog buruk aku ni dapat la korang bertukar idea dan pandangan untuk kabinet dapur yang korang inginkan.
Sejak kebelakangan ni ada terima banyak panggilan telifon dari orang ramai untuk mendapatkan sebut harga, design, pandangan, membuat temu janji. Terima kasih aku ucapkan pada korang semua. Di dalam kesibukkan aku melayan panggilan telifon aku menerima panggilan telifon yang jarang-jarang kali aku terima. Panggilan hangit ker? Hahaha Terlebih dahulu aku memohon maaf sekiranya apa yang aku kongsikan dalam blog buruk aku ni mengenai infomasi, gambar-gambar dan juga idea-idea yang mana ianya daripada pihak di luar sana. Bukan niat dihati untuk menciplak ciptaan orang lain di luar sana, tetapi niat aku sebagai berkongsi pendapat dan idea-idea mengenai gambar-gambar dan kombinasi warna yang menarik untuk dipadankan dengan dapur korang. Disini aku mengakui ada juga terdapat gambar dari luar yang aku letakkan di dalam blog buruk aku ni cuma yang mana entry khas yang aku buat khusus untuk menceritakan pasal kabinet itu adalah hasil kerja yang aku lakukan. Sharing is caring kan???
Ok la untuk entry kali ni buka nak bercakap mengenai pekara diatas tapi aku nak bawak korang semua ke ampang untuk berkongsi hasil yang aku buat untuk client aku ni Pn L. Terima kasih Pn L kerana memberi kepercayaan kepada aku untuk membuat kabinet dapur untuk rumah dia. Buat pertama kali aku melihat rumah Pn L ni aku dah terpesona dengan kecantikan hasil kerja dan rekaan rumah Pn L. Pn L memiliki ruang dapur yang besar. Klau rumah dah besar mesti dapur pun besar gak kan. Dapur Pn L sudah memiliki table top konkrit. Jadi mudah la kerja aku untuk membuat kabinet dapur kerana table top dah ada. Kos pun dapat dikurangkan. Dapur Pn L berbentuk U shape dan mempunyai island di hujung dapur.
Untuk pintu kabinet Pn L telah memilih warna 350 arlington Pine digabungkan dengan 376 Jamila Stripe. Hasil korang boleh tengok gambar kat bawah. Pn L meminta dua Pull Out Basket untuk accessories dapur. POB ni di korang nak letak pinggan boleh, nak lepak botol2 pon boleh gak. Di bahagian kabinet atas juga terdapat ruang untuk Pn L nk letak bekas garam ker, gula, milo dan apa-apa la yang Pn L suka.
Ok la panjang pulak entry aku bt kali ni. Mana yang baik dr blog aku ni kita kongsikan bersama dan mana yang kekurangan aku mintak maaf. Peace no war… bye… jumpa lagi…
brp kaki dapur dia ni boss
ReplyDeleteyang ni dalam 25 kaki. terima kasih.
ReplyDeletebrape hrga yg ni?ade buat partition tak?
ReplyDeletepm me..
nbl_631@yahoo.com