Friday, April 29, 2011

harga berjuta-juta ker apartment Juta Mines ni???


Syukur alhamdulilah dengan rezeki yang telah diberikan. Aku terima banyak permintaan untuk membuat kabinet dapur sejak kebelakangan ni. Terima kasih pada korang yang memberi kerjasama dan sokongan secara langsung atau tidak dalam perniagaan kabinet dapur ni. Pada yang telah buat kabinet dapur dengan aku jutaan terima kasih aku ucapkan. Aku harap korang berpuas hati dengan servis yang aku telah berikan.

Ok la untuk entry kali ni aku telah bertemu dengan Pn Al dan En Za. Lokasi pemasangan kali ni dekat Juta Mines Balakong, Seri Kembangan. Harga apartment ni juta-juta ker? hahaha x der la nama jer Juta Mines. Kerja-kerja kali ni mengambil masa agak lama kerana melibatkan kerja konkrit pada dinding dan juga pada bahagian sinki. Pada hari pertama kerja-kerja mengikat bata dan membuat table top untuk kawasan sinki. Pada hari kedua pula kerja pemasangan tiles dan plaster dinding dilakukan. Hari ketiga kerja kemasan dilakukan. Jadi kerja konkrit mengambil masa selama tiga hari. Kerja pemasangan kabinet dapur mengambil masa 1 hari jer untuk siap. Ini kerana kabinet ini telah dipasang di kilang dan hanya dibawa dan terus dipasang ke rumah pelanggan.

Pemilihan warna 220 Beige dan 408 Majestic Ebony pada dapur En Za membuatkan dapur kelihatan moden. Kombinasi 2 warna dan kontra diantara 1 warna dengan warna yang lain menyerlahkan lagi dapur En Za.  Terdapat 1 tall unit untuk microwave dan oven memudahkan lagi kerja-kerja membuat kuih. Nanti raya tak perlu lagi la nak beli kuih raya lagi. Pada table top pula En Za menggunakan warna MT611 Granite Storm. Warna ini lebih kurang sama dengan 408 Majestic Ebony.

Ok la aku dah ponek nak taip dah ni. Ok la jumpa lagi entry yang akan datang. Untuk entry ni tak der gambar untuk korang tatap… haha lawak jer… korang layan la dulu gambar kat bawah ni. Kalau ada yang tengah cari idea untuk dapur korang boleh la amik dekat sini dan pada korang yang ada facebook jangan lupa untuk add aku. Ok bye… bye… Jumpa lagi…




















8 comments:

  1. suka yg ni!! simple kemas......gabungan warna pun cantik.
    Berapa harga erk??

    ReplyDelete
  2. ok cik/pn syahida dah settle ke proses jual beli rumah? kalau dah settle boleh kita jumpa n discuss kabinet macam mana yang cik/pn syahida nk. haha

    ReplyDelete
  3. saya suka sangat yg nie. berapa harga keseluruhan en. za ni wat?.....saya pun nak wat mcm dia gak....

    ReplyDelete
  4. salam, saya ada sedikit persoalan.. boleh saya tahu sama ada terdapat bahan pencuci utk pintu kabinet dapur kerana nampak kesan berbekas cth cap jari dll, tetapi jika dilap dan dicuci tidak hilang.

    ReplyDelete
  5. wsalam, untuk menghilangkan kesan degil yang melekat pada pintu kabinet Pn/En boleh gunakan tinner atau minyak gas. segala kotoran boleh tanggal dengan sendirinya tanpa sebarang kesan pada pintu kabinet. cuma perlu basahkan sedikit kain dengan tinner dan lap pada kawasan yang kotor. harap dapat membantu.

    ReplyDelete
  6. agak2 kos untuk kabinet mcm nie berape? design sama size pun sama mcm dapur saya. Cuma nak tau kalau ader kitchen hob n hood sekali berapa?

    ReplyDelete
  7. brapa yer kos utk kabinet camni termasuk hood n dapur, cuma tanak rak kat tepi peti ais tu aje ngan sinki..:)

    ReplyDelete
  8. saya pun tinggal kat jutamines saya nak tahu..kalau saya buat sama mcm nie.. brp ya.. coz saya dlm proses nak buat kabinet jgk..

    ReplyDelete