Monday, March 28, 2011

taman satria, senawang


Salam sejahtera. Hari ni aku ada lagi satu kes untuk korang aku nak kongsikan. Untuk entry kali ni lokasi agak jauh sket dari kawasan lembah klang. Kalau sebut taman satria mesti korang jarang dengar kan. Bukan darah satria ek.. hahaha kali ni aku ada buat dekat senawang, Negeri Sembilan.

Ok terlebih dahulu aku nak terima kasih kepada tuan rumah puan N dan en P. korang semua mesti nak keselesaan dalam rumah korang kan. Membuat kabinet dapur bukan satu benda yang membazir tapi sekarang ni dah jadi keperluan setiap individu. Setiap barangan di simpan dan mudah untuk diambil bila diperlukan.

Puan N inginkan dapur yang kemas dan tersusun kerana barangan-barangan dapur puan N memang banyak. Ok kali ni aku detailkan material yang puan N guna untuk dapur dia. Untuk table top puan N gunakan dari jenis mieco worktop MT611 Granite Storm. Warna mieco top ni memang ramai customer aku gunakan untuk dapur. Ini kerana warna permukaan material ni kelihatan seperti permukaan batuan.

Untuk permukaan pintu kabinet aku telah cadangkan untuk menggunakan melamine warna MM3A9 Regia Walnut dan kombinasi warna 408 Majestic Ebony pada bahagian dapur memasak. Warna MM3A9 digunakan untuk keseluruhan kabinet dapur membuatkan dapur puan N kelihatan lebih menarik dan kemas.

Untuk bahagian pemegang pintu ini, penggunaan built in handle aluminium membuatkan kabinet dapur puan N kelihatan moden dan kemas. Handle ni memang cantik tetapi ini dikira sebagai eksesori. Kos untuk built in handle ni x der la mahal mana pun. Korang masih mampu untuk memilikinya.






Untuk penyedut asap dan dapur memasak, aku gunakan dari jenama elba. So far tak der lagi aku terima complain untuk produk ni. Ok la panjang plak aku bercelote kali ni. Korang layan la dlu gambar kat bawah ni. Untuk sebarang info ke, nk sebut harga ke, nk aku designkan dapur korang boleh hubungi aku. Sebelum aku lupa kalau korang nak tengok gambar2 kabinet yang aku dah buat korang boleh tengok dekat facebook aku http://www.facebook.com/home.php#!/profile.php?id=100001969118896 korang jangan lupa plak nk add aku dalam facebook 2. Ok jumpa lagi nanti. Bye.. bye…

3 comments:

  1. kemas dan menarik. nak tumpang tanya, kos kabinet macam di atas plus sink (konkrit biasa2), ada dalam rm4000 ker?sekadar bertanya, memandangkan itu lingkungan budget saya..tq for responding :)

    ReplyDelete
  2. terima kasih. klau kabinet seperti diatas tidak sampai 5k. sekiranya inginkan harga yang tepat saya memerlukan ukuran kabinet yang ingin dibuat.

    ReplyDelete
  3. harga terbaru untuk kabinet 2021 berape ye..

    ReplyDelete