Ada pelbagai jenis rekaan dapur, warna, bentuk dan fungsi. Ada dapur yang ringkas, komplikated, berwarna warni dan juga saiz yang berlainan. Korang ada yang sukakan dapur yang besar dan ada juga yang sebaliknya. Pendek kata, korang semua mempunyai citarasa masing masing.
Aku ada 4 nasihat untuk korang yang ingin mempunyai dapur yang praktikal dan dalam masa yang sama menepati citarasa korang:
1. Saiz dapur
Saiz dapur yang besar tidak semestinya bagus. Oleh itu pentingkan ciri-ciri yang pratikal dan kemudahan untuk memasak. Dapur yang besar boleh memberi ruang yang selesa, tapi korang mungkin mengalami masalah sewaktu memasak kerana bahan-bahan makanan mungkin berada jauh di tempat memasak. Dapur yang luas juga memerlukan korang rajin sket dan penjagaan yang rapi kerana tanpa penjagaan yang sempurna, dapur akan kelihatan kotor dan berselerak.
2. Kabinet
Terdapat banyak bentuk kabinet yang diperbuat dari pelbagai jenis bahan atau material seperti kayu nyatoh, semangkuk, melamine dan sebagainya. Harga setiap kabinet itu pula bergantung kepada jenis bahan yang digunakan. Ada kabinet yang dibina secara terbuka (tanpa pintu) dan ada banyak yang direka secara tertutup.
Jika bajet korang tergolong dalam kategori sederhana (RM5,000 ke atas) atau tinggi (RM10,000 ke atas), luangkan sedikit masa untuk melawat beberapa pereka dapur untuk melihat harga dan bentuk kabinet yang boleh ditawarkan oleh syarikat pereka. Sesetengah pereka menawarkan khidmat melakar bentuk kabinet dalam perisian tertentu secara tiga dimensi(3D) untuk dilihat dan dinilai oleh pemilik rumah.
Bergantung kepada saiz dapur, saiz keseluruhan kabinet boleh berubah-ubah. Jika korang mempunyai barang dapur yang banyak atau merancang untuk membeli banyak perkakasan untuk dapur, korang perlukan kabinet yang mempunyai ruang yang luas.
3. Dapur kering dan dapur basah
Ramai orang kini suka kepada trend membahagikan dapur mereka kepada dapur kering dan dapur basah. Dapur kering selalunya adalah kawasan di mana aktiviti aktiviti masakan lebih melibatkan masakan yang ringkas seperti menggoreng telur atau sosej. Manakala dapur basah dikhususkan untuk aktiviti memasak yang agak berat seperti kari, rendang dan sebagainya. Dapur basah juga selalunya menghasilkan bau dan asap yang banyak.
Tetapi memiliki kedua dua dapur kering dan basah tidak semestinya satu kemestian, Malah Chef Wan,(ting..ting..ting alexander hahaha) seorang pakar tukang masak sendiri pun hanya mempunyai dapur kering sahaja. Beliau boleh memasak sebarang jenis masakan di dapur keringnya kerana dapur dia dilengkapi dengan hood yang menyerap bau dan mengalirkan asap dan bau ke luar.
4. Unit pulau atau ‘island’
Mereka yang sukakan rancangan masakan sudah pasti perasan kebanyakan daripada chef yang memasak di kaca TV menggunakan unit pulau atau ‘island’. Tidak seperti kebanyakan dapur yang selalunya menghadap dinding atau tingkap, unit pulau membolehkan orang lain melihat aksi korang sedang memasak dan menjadikan aktiviti memasak itu lebih menyeronokkan.
Jika korang seorang yang mahir memasak dan sering dikunjungi tetamu yang ingin belajar sesuatu dari korang, kemungkinan orang perlukan unit pulau ini. Unit pulau ini kadangkala datang dengan harga yang mahal, terutamanya unit yang menggunakan ‘table top’ yang berkualiti seperti granite dan solid surface.
bagus tips2 nih. tq 4 sharing
ReplyDeletewelcome. harap apa yg dikongsi bersama ini dpt memberi kebaikan kepada semua. insyallah..
ReplyDeleteKalau ruang dapur yg kecil mcmane ye
ReplyDelete