Salam sejahtera. Ok hari ni aku nak ceritakan dan kongsi bersama pembaca blog kabinet dapur satu projek yang baru aku siapkan pada bulan lepas. Pelanggan aku ni Pn Nor yg menetap di Kajang telah memberi kepercayaan kepada kami untuk menyiapkan kabinet dapur rumah beliau.
Setelah tarikh dipersetui untuk membuat ukur di rumah beliau, aku pun gi la kat rumah dia dgn peralatan ukur... Pn Nor baru jer masuk rumah ni, so perlu untuk membuat sedikit pengubahsuaian pada rumah tersebut antaranya pemasangan kabinet dapur.
Pn Nor inginkan kabinet dapur jenis L shape. So aku pon buat la pengukuran dan menyiapkan sebut harga untuk kabinet dapur tersebut. table top dari jenis konkrit dan tiles 2’x2’. Kerja2 untuk membuat konkrit mengambil masa 2 hari. Seminggu selepas selesai kerja konkrit, aku datang kembali untuk kerja pemasangan kabinet dapur plak.
Tumpang tanya. Kalo design dan size mcm ni berapa harga ?
ReplyDeleteok untuk design seperti diatas harga lebih kurang rm4800. material yg digunakan untuk kabinet ialah melamine. table top plak dr jenis konkrit dan tiles 2'x2'.
ReplyDeleteharga tu termasuk dengan hob & hood, sinki, paip, wiring untuk hood ke ? boleh saya tahu size dapur ni berapa kaki persegi.
ReplyDeleteye btol... harga termasuk hob, hood, paiping, wiring, table top, kabinet dapur, dish rack, accessories, sinki. saiz dapur ni 79 inci x 84 inci. bleh saya tahu en dari mana?
ReplyDeletesaya dari kl. rumah baru dijangka siap tengah tahun ni kat area rawang. skang ni tengah buat budget2 renovation kecil2an. org kata rumah baru dapur kena lengkap kalo tidak rumah tak nampak lengkap. ada koleksi gambar2 lain lagi tak ?
ReplyDeletebtul 2. nk masuk rumah baru kena la siapkan skali dgn dapur... baru puas hati... gambar ada dalam album saya. x sempat nk masuk dlm blog ni... insyallah nanti klau ada kesempatan saya masukkan. bleh saya tahu berapa keluasan dapur yg en nk bt?
ReplyDeleteas salam... area terengganu x buat ker???
ReplyDeletesaya tgh cari sbb rumah baru saye d jangka siap dlm mase sbln 2 lg ni.....
wsalam. area terengganu x bleh cover lg area sana. insyallah klau ada rezek bleh buka 1 cawangan kt sana.
ReplyDeletesalam..kalau i nak buat guna material macam ni tapi tanpa hood+hob, mengikut ukuran(110 inci x 110 inci) berapa agak2 kos nya ye? wall cabinet nak buat memanjang 110 inci. base unit + table top nak buat L-Shape.
ReplyDeletesyed: ok kalau ukuran dalam 110 x 110 inci untuk base unit dalam rm3500. untuk wall unit plak dalam rm1000. total dalam rm4500.
ReplyDeletekalau jenis ni.. table top dah ada. Nak buat wall n pintu base sahaja. Berapa kosnya?
ReplyDeletemaybe around rm4000++. saya perlukan ukuran untuk memberi harga yang tepat.
ReplyDeletesalam...
ReplyDeleteNak tanya, dengan ukuran 6.5 ft x 10 ft, berapa kos nak buat kabinet jenis ni atas bawah?.. tak perlu table top sbb dah ada.
Kalau beserta hob, hood berape, dan kalau x termasuk berapa..huhuhu...
terima kasih ye.. =)
wsalam. ok terima kasih kepada En/Pn nadot keran bertanyakan soalan. untuk ukuran 6.5 x 10 anggaran untuk kabinet bawah dalam rm2200 dan untuk kabinet atas dalam rm2300. harga untuk satu set hood+hod (elba) rm650. boleh saya dapatkan no tel En/Pn Nadot untuk perbincangan lebih lanjut?
ReplyDeleteMekaseh mekaseh...
ReplyDeleteSekarang rumah masih tgh dalam proses utk extend dapur tu..dah siap nnt, lg 2-3 bulan kot, insyaAllah saya tanye lg...tq..tq.. =)
Kalau area tanjong Malim Syarikat encik buat tak?
ReplyDeleteberapa kos :-
1. Buat kabinet bawah berserta table top 5ft x 9ft (L-Shape) beserta wiring dan hod.
2. Buat kabinet bawah sahaja dan sudah ada table top untuk size yang sama.
maaf untuk kawasan tanjung malim syarikat saya tak dapat nk cover. sekiranya Pn idura nk kan sebut harga berikan saya email Pn idura.
ReplyDeletesalam. sy cuma nak tanya bajet harga untuk kabinet dapur 4ft X 12ft (L-Shape) tak temasuk sinki,hoob dan hod. binaan konkrit, table top tyle 2ft X 2ft, pintu melamin.
ReplyDeletewsalam, boleh saya dapatkan email saudara/saudari yang bertanya soalan diatas?
ReplyDeleteBoleh tak bagi sebut harga untuk kabinet L shape berukuran 5 x 6 kaki. Sisi 6 kaki tu nak kabinet atas sekali. Sinki nak 2 (pd sisi 5 kaki). Hood dan hob elba. Boleh bg sebut harga menggunakan material yg plg murah. Thanks
ReplyDeleteemail ke mrs_shazwani[at]yahoo.com
Pn Swazwani email telah dihantar. terima kasih.
ReplyDeleteDalam 3 bulan baru sy akn dpt kunci. Tak berapa sure saiz dapur. Tapi rasanya lebih kurang mcm di atas. Jika sy nak seperti yg kat atas tu, tapi ada island kat tgh dan table top dia granite.. brape eh?
ReplyDeleteoh yea.. btw rumah saya kat jb.. dekat je dari kl.. hehe.. boleh ker
ReplyDeleteklau seperti kt atas untuk granite around Rm7k-8k. bergantung pada saiz yg nk dibuat. alamak untuk kawasan JB saya x terima. jauh sgt. apa2 pn sy boleh bg guide line pasal kabinet dapur ni.
ReplyDeleteaskum, nak tanya berapa kos untuk membuat table top berukuran 10 kaki.. beserta pintu dan laci.. material? rumah saya area shah alam.. tq
ReplyDeleteboleh saya dapatkan email saudara/i yg bertanyakan soalan diatas?
ReplyDeletesalam. sy cuma nak tanya bajet harga untuk kabinet dapur 4x14x8(U-Shape)termasuk sinki,hoob dan hod. binaan konkrit, table top granite or jubin 2ft X 2ft, pintu melamin abs, with other accesories such as pull out tray for dish, dishrack, bottle basket..Estimate price berapa
ReplyDeleteUtk makluma encik kami ada peti sejuk (dua pintu)
ple e-mail to norhisham.hashim@yahoo.com.
salam...nk tanya if saya nk buat bentuk L dan ukuran adalah 9 X 10 kaki....berapa agaran cos nye...saya nk buat semua table top,hod,hood,sink, pastu kabinet atas skali untuk yg 9kaki tu.....
ReplyDeletereply di feeza_cute19@yahoo.com
terima kasih....
material ala2 diatas nie pun dah ok...
Ada cawangan di terengganu?
ReplyDeletesalam.kalau luas dapur dlm lebih kurang 6 ft x 6 ft berapa ye hrga die?tq
ReplyDeleteKalu duduk rumah sewa nant if pasang kabinet mcmni if nak pindah boleh cabut balik and pasang semula ke?
ReplyDeleteSaya ada buat table top
ReplyDelete