Wednesday, October 22, 2014

Desa Pinggiran Putra. Kajang

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan. Terlebih dahulu rasanya masih sempat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha untuk semua umat islam. Moga apa yang dikorban diterima Allah taala. Amin… Pada paparan kali ini saya ingin berkongsi dengan anda hasil titik peluh yang telah saya siapkan pada minggu lepas. Bertempat di Desa Pinggiran Putra, Kajang saya telah bertemu dengan En A dan Pn F. Rumah yang telah dibeli beberapa bulan sebelum ni memerlukan sedikit sentuhan untuk keselesaan Pn F untuk memasak untuk suami tersayang.

Keadaan dapur sebelum ini mempunyai table top konkrit yang telah dibuat oleh pemilik rumah sebelum ini. Pembinaan table top sebelum ini tidak mengikut cita rasa En A kerana ia dibuat sendiri oleh pemilik sebelum ini. Kerja-kerja table top ini perlukan orang yang biasa membuatnya kerana hanya yang pakar sahaja yang tahu bagaimana untuk membuat table top.  Jadi terdapat beberapa tiang sokongan yang tidak diperlukan.

Pembinaan table top mengambil masa 3-4 hari untuk siap. Table top yang baru menggunakan tiles bersaiz 2 kaki x 2 kaki berwarna hitam itu menawan. Hari pertama kerja-kerja untuk membina asas pada bahagian atas. Hari kedua dan ketiga kerja-kerja memasang tiles dilakukan dan hari ke empat kerja kemasan dan piping.

Setelah siap pembinaan table top pemasangan pintu kabinet dilakukan. Kerja memasang pintu cabinet mengambil masa 5-6 jam bergantung pada saiz kabinet yang hendak dipasang. En A dan Pn F telah memilih warna putih untuk pintu kabinet rumahnya. Bagi anda yang ingin melihat kawasan dapur anda kemas dan luas boleh menggunakan pintu warna putih. Penjagaan pintu ini amat mudah, hanya memerlukan kain basah sahaja untuk membersihkan kawasan yang kotor. Pintu kabinet ini tidak menggunakan pemegang (handle) kerana pada bahagian atas (bagi kabinet bawah) dan bahagian bawah (bagi cabinet atas) telah siap dipotong sudut 30 untuk memudahkan membuka kabinet (sila rujuk gambar dibawah).


Bagi anda yang perlukan bantuan saya untuk memiliki dapur yang diidamkan pada harga yang kompetetif dan mampu milik boleh menghubungi saya di talian 013-2395758 (sms @ whatapps) atau anda boleh juga emailkan pertanyaan, lakaran dapur, pelan rumah kepada kabinetdapur@ymail.com. Sehingga bertemu lagi pada paparan yang akan datang Dapur yang Cantik, Masakan pasti Terbaik. Assalamualaikum.

keadaan asal 

sebelum

sebelum

selepas

sistematik

kerja pemasangan giat dijalankan

dalam proses pemasangan

hampir siap

putih secuci lebaran

taaadaaaa....

selepas

kemas, cantik, menarik 

ruang peti ais

2 tone hitam dan putih

kabinet tanpa pemegang

cantik ooo..

handle yang digunakan

3 comments:

  1. Salam saya nk tanye klu nk buat mcm ni perlu ade table top konkrit ke atau terus blh psg siap dgn table top skali

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Jika anda mencari org yg pakar dalam bidang2 berikut ini:
    Wiring
    Lampu 1 poin dalam rm.60.00
    Plack poin 1 dalam 80
    Hitter 1 poin dalam rm 250.00
    Ac/aircond 1 poin rm 250.00
    Kipas 1 poin rm 60.00
    Semua itu tak termasuk pemasangan:
    Pasang lampu 1 set rm 30.00
    Pasang kipas rm 30.00
    Pasang Ac/aircon rm 200.00
    Pasang hitter / air panas rm 30.00
    PAIP
    Paip pecah dalam dinding RM 300.00 dan tergantung keadaan juga
    Tukar mangkuk tandas rm 350.00 tergantung mangkuk tandas juga
    Pasang paip baru rm.1000.00 tergantung keadaan jg
    Tukar pintu Rm 350.00 tergantung pintu jg
    Table top rm 2000.00 tergantung keadaan jg
    kabinet rm 5000.00 bawah atas
    Pasang mozek /TILES RM .........tergantung tiles
    Cat satu rumah RM 700.00 tergantung cat jg
    Jika anda berminat silahkan anda menhubungi kami di talian ini 0172943954
    Kepuasan anda adalah impian kami

    ReplyDelete