Wednesday, October 29, 2014

Taman Impian Warisan, Batu 18, Hulu Langat.

Assalammualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada pembaca setia blog Fizly Kabinet Dapur. Pada paparan pada kali ini saya ingin berkongsi hasil kerja yang telah dihasilkan beberapa minggu lepas. Moga dengan paparan yang saya sediakan ini dapat memberi anda idea dan maklumat yang anda perlukan untuk membina kabinet dapur rumah anda.

Lokasi pemasangan pada kali ini bertempat di Taman Impian  Warisan, Batu 18, Hulu Langat, Selangor. Saya bertemu dengan En Jo yang berasa dari negeri jelapang padi yakni Kedah Darul Aman Damai. En Jo baru sahaja mengubah suai kawasan dapur rumah beliau. Hanya tinggal kerja-kerja kemasan untuk memasang pintu kabinet dapur kerana table top telah disiapkan terlebih dahulu. En Jo telah memilih material melamine untuk pintu kabinet dapur beliau. Warna yang telah menambat hati En Jo adalah jenis Indian Ebony 3284 dan stripe line 9517 dari koleksi terbaru untuk tahun 2014. Pada bahagian kabinet atas En Jo ingin memanafaaatkan  ruang yang ada bagi membolehkan menyimpan barangan dapur. Pada kabinet bawah terdapat 1 assesori untuk menyimpan botol seperti kicap dan sos.

Pemasangan mengambil masa 4jam -5jam sahaja. Syukur Alhamdulillah kerja-kerja pemasangan berjalan dengan lancar dan En Jo berpuas hati dengan kabinet yang baru dipasang di rumahnya. Dengan adanya kabinet dapur dapatlah isteri En Jo memasak dalam keadaan yang selesa, memudahkan menyimpan dan mencari barang dengan mudah.


Bagi anda yang perlukan bantuan saya untuk memiliki dapur yang diidamkan pada harga yang kompetetif dan mampu milik boleh menghubungi saya di talian 013-2395758 Hafiz (sms @ whatapps) atau anda boleh juga emailkan pertanyaan, lakaran dapur, pelan rumah kepada kabinetdapur@ymail.com. Sehingga bertemu lagi pada paparan yang akan datang Dapur yang Cantik, Masakan pasti Terbaik. Assalamualaikum


Sebelum pemasangan 



lakaran sebelum kayu dipotong


kerja pemasangan sedang dijalankan


wall unit sehingga ke syiling

setelah siap kerja-kerja pemasangan.

1 comment:

  1. Jika anda mencari org yg pakar dalam bidang2 berikut ini:
    Wiring
    Lampu 1 poin dalam rm.60.00
    Plack poin 1 dalam 80
    Hitter 1 poin dalam rm 250.00
    Ac/aircond 1 poin rm 250.00
    Kipas 1 poin rm 60.00
    Semua itu tak termasuk pemasangan:
    Pasang lampu 1 set rm 30.00
    Pasang kipas rm 30.00
    Pasang Ac/aircon rm 200.00
    Pasang hitter / air panas rm 30.00
    PAIP
    Paip pecah dalam dinding RM 300.00 dan tergantung keadaan juga
    Tukar mangkuk tandas rm 350.00 tergantung mangkuk tandas juga
    Pasang paip baru rm.1000.00 tergantung keadaan jg
    Tukar pintu Rm 350.00 tergantung pintu jg
    Table top rm 2000.00 tergantung keadaan jg
    kabinet rm 5000.00 bawah atas
    Pasang mozek /TILES RM .........tergantung tiles
    Cat satu rumah RM 700.00 tergantung cat jg
    Jika anda berminat silahkan anda menhubungi kami di talian ini 0172943954
    Kepuasan anda adalah impian kami

    ReplyDelete