Salam sejahtera, hari
ni aku nak bawak korang semua ke Seksyen 3 Bandar Mahkota Cheras dan Taman Tun Perak
untuk projek aku yang seterusnya. Aku mulakan dengan Bandar Mahkota Cheras yang
mana tuan rumah yang bernama Pn S. Pn S nak buat wall unit jer sebagai tambahan
kabinet yang telah sedia ada. So simple jer untuk kabinet yang Pn S ni nak
buat. Kerja pemasangan ambil masa 2 jam jer. Dari segi harga pulak tak sampai
pun Rm1.5k untuk kabinet ni.
Siap jer rumah Pn S terus berangkat ke Taman Tun Perak yang
mana entry sebelum ni (4 hero) telah buat wardrobe iaitu En Z. En Z telah
berpuas hati dengan hasil kerja yang telah dilakukan. Tambahan yang ingin
dilakukan ialah pada bahagian dapur. Kabinet dapur ni lebih kurang macam
pembahagi ruang antara dapur dan ruang tamu. Pada kedua bahagian kabinet ni
mempunyai pintu. Kalau dibahagian dapur telah ada pintu maka pada bahagian
ruang tamu aku tutup dengan papan warna yang sama. Ruang kosong yang korang
tengok tu, ruang untuk letak peti sejuk. Lepas letak peti sejuk, bahagian
belakang akan ditutup dengan kayu warna yang sama. Pemilihan warna untuk kabinet
ni ialah dari warna 376 Jamila Stripe.
Harga bagi kabinet macam ni kurang dari Rm2.5k.
Ok la korang layan dulu gambar yang aku sediakan kat bawah
ni. Sekiranya ada yang berminat dan ingin mengetahui lebih lanjut, boleh la menghubungi aku di
talian 013-2395758 (hafiz). Ok jumpa di entry akan datang.. Ok bye..bye.. Assalamualaikum.
Mahkota Cheras
Pilihan hati Pn S
Kediaman rumah En Z
Pembahagi antara dapur dan ruang tamu
Menghadap ke arah ruang tamu
Menghadap arah dapur
No comments:
Post a Comment