Thursday, October 3, 2013

Pulau pandan jauh ke tengah, kita ke pulau meranti..



Salam sejahtera. Kali ini aku nak share dengan korang hasil kerja yang telah aku buat pada minggu lepas. Projek kali ni berdekatan dengan Putrajaya dan Cyberjaya iaitu di Pulau Meranti. Pemilik kediaman Pn N yang sangat baik dan peramah membuatkan senang berurusan dengannya. Rumah Pn N sangat besar ye la 2 and half storey (bestnya rumah besar2 ni).

Pn N berhajat untuk membuat pintu untuk kabinet yang mana table top konkrit telah siap dibuat sebelum ni. Kalau table top dah ada tapi pintu kabinet tak de, mcm x siap je kan dapur kan. So kena la pasang pintu kabinet agar kelihatan kemas dan tersusun keadaan dapur. Nak memasak pun kena ada persekitaran yang selesa untuk memasak. Betul x para wanita2 di luar sana? Haha

Selain pintu kabinet, Pn N nak buat rak buka yang mana buku2 pun perlu diletakkan di tempat yang tersusun dan mudah untuk dicari. Rak buku ini dari bawah sampai ke syiling rumah. So banyak buku yang boleh disimpan. Rak buku biasanya berwarna putih dan ia akan kelihatan kemas. Para di rak buku boleh diubah ketinggian mengikut saiz buku.

Kerja pemasangan mengambil masa 4 jam je untuk siap semuanya. Berserta dengan entry ini aku ada sediakan gambar untuk tontonan wanita diluar sana. Klau sesiapa yang berhajat untuk membuat kabinet dapur, boleh hubungi Hafiz 013-2395758 atau boleh emailkan(kabinetdapur@ymail.com) ukuran atau drawing untuk mendapatkan sebut harga. Sekian saja untuk paparan kali ini sehingga bertemu lagi di entry yang akan datang. Wsalam.
 keadaan dapur asal

 sebelum pemasangan

 kawasan rak buku

 table top konkrit 

 selepas 4 jam tara..

 pada sudut kiri

 close up

rak buku, cermin akan digantung di tengah

Monday, September 2, 2013

2nd Time di Jutamines Kondo Seri Kembangan

Salam sejahtera saya ucapkan. Entry pada kali ini saya nak berkongsi dengan korang semua hasil kerja terbaru yang telah aku lakukan pada minggu lepas. Alhamdulilah semua kerja-kerja berjalan dengan lancar dan teratur dengan izin yang maha kuasa.

Projek ini bertempat di Jutamines Seri Kembangan. Pemilik selaku Tuan Rumah kedaun En H yang mesra dan sangat senang berurusan denganya. Harap dapat lagi bertemu dengan En H ni. En H mahukan kabinet dapur berbentuk L shape untuk ruang dapurnya. Bagi merealisasikan hasrat dan juga harapan En H, aku sedaya upaya memenuhi citarasa yang diinginkan untuk dapurnya.

Terdapat 2 bahagian yakni di kawasan sinki dan dapur memasak. Pada bahagian sinki, table top jenis konkrit berwarna hitam. Memang aku syorkan pada bahagian sinki ni dibuat dari konkrit agar pintu kabinet lebih tahan lama. Yela peranan air iaitu menyerap menyebabkan semua benda akan rosak. Batu pun boleh berlubang klau kena air hari2. Btul x?

Pada bahagian dapur plak penggunaan mieco worktop jenis granite storm (bkn batu granite ye, nama dia sahaja) dan pemilihan warna pintu jenis Canadian ELM 5278 menyerlahkan lagi kecerian pada kawasan dapur ni. Kabinet dapur ini dilengkapi dengan handle jenis bar 8” memperlihatkan kemodenan (betul ke ayat aku ni haha) kabinet dapur yang en H miliki.

Jenis dan warna sudah diterangkan. Bercakap mengenai harga plak (sebab ramai sangat yang Tanya aku pasal harga setiap satu kabinet) kabinet ini boleh dimiliki dengan hanya lebih kurang Rm7k sahaja. Tapi setiap rumah berbeza ukuran so harga pn juga berbeza. Harga yang dinyatakan hanya untuk rujukan sahaja. Kalau korang nakkan harga lebih tepat boleh email, sms, whatapps ukuran ke no tel aku 013-23957589 (hafiz). Tiada cas dikenakan. Korang boleh la layan gambar yang telah aku sediakan kt bawah 2.


 kerja mengosok pada bahagian bucu tiles

gosok jangan tak gosok

 tiles berkilat boleh sikat rambut

 table top konkrit yang telah siap

 sebelum pemasangan kabinet

 kerja kemas memastikan kepuasan pelanggan

 timbang air untuk memastikan kabinet lurus dan betul

pemasangan 1 hari boleh siap

 selepas pemasangan

 amacam cantik x?

 kemas dan teratur

 mieco top dan pintu jenis melamine

 bahagian sinki

 sebarang pertanyaan call no yg tertera




Sekian saja paparan untuk kali ini, sehingga berjumpa pada entry yang akan datang. Fizly Kabinet Dapur “Dapur yang cantik, masakan pasti terbaik”. Wassalam.

Tuesday, August 20, 2013

Taman Haneco, Semenyih

Selamat Hari Raya Aidilfitri saya ucapkan kepada semua pelawat yang sudimenjenguh blog sayani. Semoga dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Ramai yang bertanya kenapa lama tak update blog..huhubiasa la dalam kesibukkan kerja seharian tak sempat nak update blog.

Paparan pada entry kali ni, saya ingin memperlihatkan hasil kerja yang telah dibuat. Projek ini dibuat di Semenyih. Bagi warga-warga kajang, bangi, cheras, semenyih, nilai dan pajam boleh la hubungi saya untuk menempah kabinetdapur yang diidamkan.Opss..teriklanplak. Haha

Pemilik atau selaku Owner rumah ni En Z yang inginkan perubahan pada bahagian dapur. Sebelum ini sudah ada kabinet dapur Cuma tidak menepati citarasa yang En Z inginkan. Keadaan  susun atur sinki dan tempat memasak yang tidakbetul, menyukarkan isteri tersayangnya untuk beraksi menghidangkan makanan kepada keluarga.Huhu So memang kepakaran saya untuk mengubahsuai keadaan dapur agar lebih sistematik dan kelihatan sangat menarik.Haha macam-macam  ayat keluar dalam entry ni.

Dari kerja memecahkan table top yang lama, menutup tingkap yang sebelum ni ada pada dinding dan pemasangan kabinetdapur, saya boleh lakukan (maaf gambar sebelum ubahsuai lupa nak amik). Jika ada sebarang pertanyaan, kemusykilan jangan malu, jangan segan untuk menghubungi saya 013-2395758 (hafiz).

Dapur yang cantik, masakan pasti terbaik.







Monday, October 1, 2012

Sekysen 4 Bandar Baru Bangi


Salam sejahtera. Kali ni aku nak share dengan korang semua 1 lagi projek yang telah siap. Pemilik selaku tuan rumah ni En Z yang sangat selesa berurusan dengan beliau. En Z masih lagi muda tetapi telah memiliki rumah di kawasan bangi. Sekarang ni harga rumah kawasan bangi amat tinggi. Alhamdulilah murah rezeki En Z. Berangan la jugak bila la ada rumah landed kawasan Kuala Lumpur @ Selangor. Mudah-mudahan dapat suatu hari nanti. Ok bukan pasal rumah untuk dibincangkan tetapi tak lengkap rumah kalau tiada kabinet dapur. Betol tak?

Baik lah untuk kawasan dapur En Z ni telah disiapkan table top konkrit. Bentuk L shape. So tugas aku ialah untuk menceriakan lagi kawasan dapur En Z ni. Pemilihan material dari jenis melamine. Bagi korang yang masih ragu-ragu atau tak pernah tengok material ni kunjungi la mana-mana show room. Insyallah ada jenis ni. Nak lagi senang korang panggil aku datang rumah korang so tak der la susah untuk korang keluar pergi ke show room. Kabinet dapur En Z ni dilengkapi dengan pull out basket, bottle rack, special runner (untuk laci) dan juga soft close inces (btol ke aku eja ni) hahaha ok kegunaan soft close ni adalah untuk korang yang nak dapur korang nampak grand. Sebab soft close ni korang tak kan dengar bunyi pintu bila ditutup. So pintu tu dengan secara perlahan akan tutup sendiri tanpa menghasilkan bunyi. Menarik kan? Hahaha tapi barang-barang yang menarik ni kena ada addition cost.

Di satu sudut dapur ni ada island untuk memudahkan kerja-kerja pemotongan. Sekarang ni dah banyak orang buat island (bagi rumah yang mempunyai dapur yang besar).

Penyedut asap menggunakan jenis chorome hood yang mana ada host untuk mengalirkan asap dari kuali yang korang masak. Kebiasaannya tuan tanah kedaun tuan rumah akan beli penyedut asap ni sebab kat luar sana ada pelbagai jenis dan bentuk. Tapi korang jangan risau aku sedia memasangkan penyedup asap ni untuk korang.

Selain kawasan dapur, En Z ada juga membuat wardrobe dekat master bedroom. Korang tengok je gambar kat bawah nanti. Bawah tangga selalu pemilik rumah jadikan sebagai stor tapi perlu ada dinding. Dinding ni korang juga boleh gunakan melamine untuk menutup bahagian bawah tangga ni seperti yang En Z lakukan.

Ok bagi korang yang nak buat kabinet dapur boleh emailkan ukuran untuk buat kabinet dapur (bagi kes yang jauh dari kajang, klau area kajang aku boleh terus datang ukur) untuk anggaran harga kasar atau boleh hubungi aku di talian 013-2395758 (hafiz). Anggaran harga ni tak lari jauh dari harga asal. Ok jumpa lagi pada entry akan datang. Assalamualaikum.

 Sebelum pemasangan pintu

 Ruang dapur yang agak besar

 Bahagian sinki

Bahagian dapur

 Selepas kerja pemasangan

 Pemilihan 2 tone warna

 Island di tengah

Full height wall unit

Kawasan bawah tangga yang ditutup

Stor bawah tangga

Wardrobe di master bedroom

Bahagian dalaman wardrobe

Untuk Si Jejaka



013-2395758 Hafiz