Assalammualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada
pembaca setia blog Fizly Kabinet Dapur. Pada paparan pada kali ini saya ingin
berkongsi hasil kerja yang telah dihasilkan beberapa minggu lepas. Moga dengan
paparan yang saya sediakan ini dapat memberi anda idea dan maklumat yang anda
perlukan untuk membina kabinet dapur rumah anda.
Lokasi pemasangan pada kali ini bertempat di Taman
Impian Warisan, Batu 18, Hulu Langat,
Selangor. Saya bertemu dengan En Jo yang berasa dari negeri jelapang padi yakni
Kedah Darul Aman Damai. En Jo baru sahaja mengubah suai kawasan dapur
rumah beliau. Hanya tinggal kerja-kerja kemasan untuk memasang pintu kabinet
dapur kerana table top telah disiapkan terlebih dahulu. En Jo telah memilih
material melamine untuk pintu kabinet dapur beliau. Warna yang telah menambat
hati En Jo adalah jenis Indian Ebony 3284
dan stripe line 9517 dari koleksi
terbaru untuk tahun 2014. Pada bahagian kabinet atas En Jo ingin
memanafaaatkan ruang yang ada bagi
membolehkan menyimpan barangan dapur. Pada kabinet bawah terdapat 1 assesori
untuk menyimpan botol seperti kicap dan sos.
Pemasangan mengambil masa 4jam -5jam sahaja. Syukur
Alhamdulillah kerja-kerja pemasangan berjalan dengan lancar dan En Jo berpuas
hati dengan kabinet yang baru dipasang di rumahnya. Dengan adanya kabinet dapur
dapatlah isteri En Jo memasak dalam keadaan yang selesa, memudahkan menyimpan
dan mencari barang dengan mudah.
Bagi anda yang perlukan bantuan saya untuk memiliki dapur
yang diidamkan pada harga yang kompetetif dan mampu milik boleh menghubungi
saya di talian 013-2395758 Hafiz (sms @ whatapps) atau
anda boleh juga emailkan pertanyaan, lakaran dapur, pelan rumah kepada
kabinetdapur@ymail.com. Sehingga bertemu lagi pada paparan yang akan datang
Dapur yang Cantik, Masakan pasti Terbaik. Assalamualaikum
Sebelum pemasangan
lakaran sebelum kayu dipotong
kerja pemasangan sedang dijalankan
wall unit sehingga ke syiling
setelah siap kerja-kerja pemasangan.