Assalammualaikum dan
salam sejahtera diucapkan kepada semua pembaca Fizly Kabinet Dapur. Paparan
pada kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua satu lagi hasil kerja yang
telah siap dibina. Bertempat di Cheras Jaya berdekatan dengan Taman Tun Husien
Onn, saya berjumpa dengan Haji Az dan Hajah Za. Haji Az dan Hajah Za merupakan
orang yang sangat positif dan sangat tenang. Saya sendiri berasa sangat mudah
berurusan dengan Haji Az dan Hajah Za.
Haji Az ingin membina
semula kawasan dapur rumahnya. Disebabkan jumlah barangan dapur kian bertambah
dan perlukan kawasan untuk menyimpan barangan dapur ini. Kabinet dapur
berfungsi agar barangan dapur dapat disimpan dengan sempurna dan tersusun
supaya mudah untuk mencari di kemudian hari. Terdapat 2 bahagian kawasan yang
ingin dipasang kabinet dapur. Selain dari kabinet dapur, Haji Az juga ingin
membina tempat simpanan di bahagian bawah tangga. Tempat simpanan ini berfungsi
sebagai stor atau tempat menyimpan barangan seperti bantal, selimut jika tetamu
ingin bermalam di rumahnya.
Pemasangan kabinet
rumah Haji Az memerlukan masa 2 hari kerana set yang ingin dipasang besar dan
memerlukan masa untuk memasangnya. Alhamdulillah pemasangan kabinet ini siap
dipasang.
Haji Az dan Hajah Za
sangat berpuas hati dari sms yang dikirimkan kepada saya. Diharap agar dapat
lagi saya membantu Haji Az dan Hajah Za membina kelengkapan rumah mereka
sekeluarga.
Bagi anda yang
perlukan bantuan saya untuk memiliki dapur yang diidamkan pada harga yang
kompetetif dan mampu milik boleh menghubungi saya di talian 013-2395758 (sms @
whatapps) atau anda boleh juga emailkan pertanyaan, lakaran dapur, pelan rumah
kepada kabinetdapur@ymail.com. Sehingga bertemu lagi pada paparan
yang akan datang Dapur yang Cantik, Masakan pasti Terbaik. Assalamualaikum.